LANGKAH 2 – GUNA

Baru Mencuba Vitamin?

Walaupun kita telah memilih diet yang sihat setiap hari, tetapi hakikatnya pengambilan suplemen adalah salah satu cara untuk mengisi jurang pemakanan kita.

Dengan menyediakan dos nutrien yang sihat kepada tubuh badan, bermakna tubuh kita mempunyai sumber yang mencukupi untuk memperbaiki sel-sel tubuh, melawan tekanan akibat pencemaran dan menghasilkan tenaga untuk menikmati kehidupan pada kadar dan kualiti yang kita inginkan.

Jadikan kesihatan dan pemakanan sebagai satu keutamaan dengan menjadikannya sebagai rutin harian anda setiap hari.

Baru Mencuba Vitamin?

Baru mengenali Vitamin? Ini apa yang perlu anda ketahui mengenai suplemen.

Jika anda sedang mempertimbang untuk mengambil vitamin, anda mungkin mendapati ianya mengelirukan dan tidak tahu dimana untuk bermula. Kami mengesyorkan Set Keperluan Harian.

Jadi, yang mana satu pilihan saya?

  1. Vita Lea Multivitamin: Cara mudah untuk memastikan anda memperoleh 28 jenis vitamin dan mineral penting bagi memastikan kesejahteraan harian anda.
  2. B-Complex: Menawarkan keseimbangan lapan Vitamin B yang penting untuk tubuh kita, terutamanya bagi orang tua dan folat untuk wanita yang merancang keluarga.
  3. Vita-C Plus: Badan anda tidak boleh menghasilkan atau menyimpan Vitamin C, jadi pastikan untuk menambah vitamin yang mempunyai peranan dalam kesihatan gigi, gusi, tulang dan segalanya.
  4. OmegaGuard: EPA dan DHA adalah lemak baik yang diperlukan oleh setiap bahagian tubuh anda. Tubuh anda memerlukannya tetapi ia tidak dapat dihasilkan sendiri, maka, dos harian spektrum penuh 7 asid lemak Omega-3 tulen akan membantu tubuh anda kekal sihat.
  5. ESP: Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi adalah sumber tenaga yang mampu bertahan lama. Ini yang diperlukan oleh tubuh anda untuk memperbaiki dan membina tisu-tisu baru. Ia mudah dihadam, menambah keperluan protein harian anda terutamanya untuk orang tua, dan sesiapa yang memerlukan snek cepat untuk meningkatkan tenaga.
  6. Vivix. Minuman botani yang lazat mengandungi campuran botani Shaklee tersendiri daripada Anggur Muscadine, Elderberry Eropah, Knotweed Jepun dan Lobak Ungu. Sumber makanan yang berwarna-warni ini bersifat antioksidan untuk memberikan perlindungan kepada kesihatan yang lebih baik.

Dikuasakan oleh Alam Semula Jadi, Dibuktikan oleh Sains.

Kami mendapat inspirasi daripada visi pengasas kami dan pencipta multivitamin yang pertama di A.S., Dr. Forrest C. Shaklee. Falsafah beliau adalah untuk mencipta produk-produk yang mengutamakan kehidupan harmoni bersama Alam Semulajadi (In Harmony with Nature®). Kami komited untuk menyediakan bahan kandungan paling tulen dan terbaik daripada alam semula jadi dan mengguna piawaian saintifik kami yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal — memberikan hasil klinikal tanpa kompromi. Konsep holistik ini telah membantu berjuta-juta orang Hidup dan Kelihatan Lebih Muda selama lebih daripada 60 tahun.

"Kehidupan masa hadapan anda akan menjadi seperti yang anda putuskan."

- DR. FORREST C. SHAKLEE, PENGASAS SHAKLEE CORPORATION .


1983 - Nutrisi Shaklee membantu memperkasakan pendakian rakyat Amerika Syarikat yang pertama ke Gunung Everest tanpa oksigen tambahan.


1987 - Kanellos Kanellopoulos mencipta rekod dunia dengan penerbangan berkuasa tenaga manusia sejauh 72 batu merentasi Laut Aegean di Kapal Terbang Daedalus dengan bantuan produk-produk Shaklee.


1993 - Saintis Shaklee, bersama dengan saintis NASA, mencipta AstroAde, minuman penghidrat-semula khusus.


Pasukan atlet kelas dunia Prestasi Tulen Shaklee memiliki apa yang diperlukan untuk menang. Mereka bergantung pada ketulenan dan prestasi Shaklee.

BUKTI KLINIKAL ANDA BOLEH HIDUP LEBIH MUDA DAN LEBIH LAMA.

Dr. Elizabeth Blackburn

"Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee adalah ternyata lebih sihat daripada populasi am."

- DR. ELIZABETH BLACKBURN
Pemenang Hadiah Nobel Perubatan 2009

Komitmen Shaklee untuk menjalankan penyelidikan klinikal dan saintifik adalah nadi kepercayaan syarikat.

Produk kami disokong oleh 125 pembentangan dan terbitan kertas saintifik yang menunjukkan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Kebanyakannya diterbitkan dalam jurnal saintifik ulasan-sejawat (pakar-pakar lain di bidang berkaitan) untk kemajuan sains, kesihatan dan planet kita.

Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.

KEHIDUPAN YANG MENAKJUBKAN

BINA ASAS ANDA UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH LAMA DAN LEBIH SIHAT

Master Subramaniam

Subramaniam A/L Muniandy

Master Coordinator
Ahli Keluarga Shaklee sejak 1996

“Daripada semua produk Shaklee, Vita-Lea® Iron Formula adalah kegemaran saya. Bagi saya, ia merupakan multivitamin yang hampir lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Secara khususnya, ia adalah apa yang saya perlukan sebagai asas yang kukuh untuk kesejahteraan saya kerana saya menyayangi keluarga dan pada masa yang sama membina Perniagaan Shaklee saya.”


Master Nur Liyana

Nur Liyana Mohamed Norhisham

Master Coordinator
Ahli Keluarga Shaklee sejak 2013

Set Selepas Bersalin Shaklee memberi khasiat pemakanan yang saya perlukan semasa tempoh berpantang. Saya bangga kerana dapat menyusukan bayi saya sepenuhnya.”


Master Nur Liyana

Ita Athirah Ahmad

Senior Key Coordinator
Ahli Keluarga Shaklee sejak 2016

“Saya dan suami menyukai Vivix®. Kami berdua telah mengambil minuman botani yang lazat ini secara konsisten lebih tiga tahun lepas dan kami tidak pernah merasa sehebat ini! Anak perempuan kami mendapat manfaat daripada perubahan gaya hidup kami dan kini kami sekeluarga menjadi lebih sihat.””


Master Nur Liyana

Ng Hooi Hooi

Senior Coordinator
Ahli Keluarga Shaklee sejak 2008

“Saya telah mengguna set penjagaan kulit YOUTH selama dua tahun sehingga kini. Saya benar-benar menyukainya apabila sering menerima pujian tentang kulit wajah saya. Ramai yang memuji kerana saya kelihatan cantik pada usia saya, dan ramai yang menyangka bahawa umur saya lima atau sepuluh tahun lebih muda!”