Tunjukkan
Untuk
 

 

YOUTH™ Activating Serum
 
Kod Produk: 14103
Harga Pengedar:
RM337.00
Harga Runcit:
RM421.25
YOUTH for YOU
YOUTH for YOU

YOUTHTM Activating Serum (30 ml)

Kod Produk: 14103

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

10x  Untuk mempercepatkan pembaharuan sel kulit.

Bahan-bahan Utama
YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.


Soalan-soalan Lazim

YOUTH ACITVATING SERUM

Serum adalah produk penjagaan kulit yang ringan, mudah menyerap yang menembusi jauh ke dalam kulit. Serum memfokuskan kepada pemulihan dan manfaat rawatan tertentu serta diformulasi untuk menyampaikan bahan-bahan berkuasa pada kepekatan lebih tinggi ke kawasan kulit yang khusus untuk kesan yang lebih intensif. Serum direka untuk berfungsi secara sinergi dengan produk penjagaan kulit anda yang lain, dan boleh dilapiskan dengan produk lain, tetapi perlu digunakan sebelum rawatan yang lebih oklusif atau pelembap untuk hasil yang optimum.

Picitkan 1 ke 1.5 pam ke hujung jari anda dan dengan lembut ratakan ke seluruh muka, kecuali kawasan mata.

Mungkin anda gunakan terlalu banyak. Cuba gunakan hanya satu pam serum dan biar ia meresap sepenuhnya sebelum menyapukan Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50.

Youth Activating Serum mengandungi retinol vitamin A. Saya tidak pernah menggunakan retinol vitamin A sebelum ini. Apa yang boleh saya jangkakan? Sesetengah individu, terutama mereka yang mempunyai kulit sangat sensitif atau yang tidak pernah menggunakan retinol sebelum ini, mungkin mengalami kulit kering dan mengelupas pada beberapa minggu pertama penggunaan Serum. Ini adalah normal dan tanda bahawa produk itu berfungsi. Youth Activating Serum mempunyai retinol vitamin A berkapsul yang berfungsi untuk mempercepatkan kitaran pembaharuan sel kulit. Pengelupasan adalah hasil daripada kulit anda membuang sel-sel kulit mati supaya sel baharu yang sihat boleh menggantikannya. Kulit anda sedang menyesuaikan diri kepada penggunaan produk dalam beberapa minggu pertama jika anda mengalami pengelupasan.

Bagi membantu kulit anda menyesuaikan diri dengan retinol, sapukan sekali pada waktu malam selang sehari untuk dua minggu pertama. Kemudian perlahan-lahan tingkatkan kepada sekali setiap malam selama seminggu dan akhirnya dua kali setiap hari. Jika pengelupasan berlaku, kurangkan kekerapan penggunaan. Jika menggunakan dua kali sehari, kurangkan kepada sekali sehari atau selang sehari. Sentiasa susuli Youth Activating Serum dengan Age Defense Moisturizer – SPF 50 pada waktu siang.

Khusus untuk Mengetahui Mengenai Penjagaan Kulit YOUTH

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.

Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai Untuk Anda

Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.

Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.

Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.