Soalan-soalan Lazim

LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Picit pencuci muka ini sebesar saiz kacang pea di atas tangan yang basah dan gosok tangan sehingga ia berbuih sedikit. Sapukan buih ke seluruh muka anda, elakkan kawasan mata. Bilas muka hingga bersih.

Ya. Ia adalah formulasi lembut yang menghasilkan buih yang halus.

Luminous Gel Oil Cleanser adalah formulasi unik yang menggabungkan tindakan penanggal solekan dan pelembap daripada minyak pembersih dengan ciri pembersihan gel pembersih.

Ia adalah pembersih 3-dalam-1 unik yang menanggalkan kekotoran termasuklah solekan. Kami sarankan anda menggunakan pembersih ini lebih sedikit daripada saiz kacang pea apabila menanggalkan solekan yang kalis air. Untuk hari yang bersolek tebal atau solekan mata yang sukar ditanggalkan, boleh menggunakan penanggal solekan berasingan sebelum membersihkan muka.

Minyak avokado.

PERFECTING SKIN TONER

Basahkan kain kasa atau kapas muka atau bebola kapas dengan penyegar dan sapu seluruh muka secara lembut.

AGE DEFENSE MOISTURIZER SPF 50

Picit pada jari, calitkan ke seluruh muka, dan ratakan dengan lembut supaya ia masuk ke dalam kulit. Sapukan lebih sedikit pelembap ini 15 minit sebelum terdedah kepada matahari dan sapukan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam.

Formulasi ringan, tiada sisa dan kaya kelembapan ini mempunyai pelindung matahari yang dihasilkan secara semula jadi yang memberikan perlindungan bebas kimia, SPF 50, spektrum luas UVA / UVB. Ia juga mengandungi biopolimer marin semula jadi yang melindungi anda daripada pencemaran, antioksida berpaten yang memberi pertahanan terhadap radikal bebas, dan vitamin serta minyak berkhasiat yang melembapkan kulit anda dan memperbaiki penampilan tona kulit secara menyeluruh.

Jika anda akan berada di luar untuk tempoh yang panjang - terutama jika anda akan berenang dan berpeluh (berkelah di pantai, bermain sukan, berkebun, dsb) - anda perlu menyapukan semula produk SPF 50 anda setiap dua jam. Ini adalah formulasi yang tidak kalis air, jadi untuk sebarang aktiviti di luar, sapuan semula diperlukan untuk perlindungan matahari yang optimum.

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM (LIGHT I RICH)

Sapukan krim sebesar saiz kacang pea pada muka dan leher anda setiap selepas Serum YOUTH anda diserap sepenuhnya.

Jika anda tidak pasti, sebaiknya mulakan dengan formulasi yang lebih ringan (Advanced Renewal Night Cream – Light) dan kemudian bertukar ke formula Rich jika anda rasa anda memerlukan lebih kelembapan.

MOISTURE LOCK DAY CREAM

Sapukan krim sebesar saiz kacang pea ke muka dan garis leher di dada atas dan bahu pada setiap pagi dan malam selepas menggunakan produk rawatan YOUTH anda.

Krim ini mengandungi Active Cellular Hydration Technology™ untuk memberikan kulit yang lebih licin, tegang dan terhidrat. Ia juga mempunyai Vital Repair+® Complex dan muscadine grape extract untuk manfaat anti penuaan. Tekstur yang ringan dan lembut Moisture Lock Day Cream menyegar serta melegakan, menjadikan ia produk terbaik sebagai apisan bawah solekan. Produk ini tiada sebarang pelindung matahari, jadi pastikan ia disusuli dengan Age Defense Moisturizer SPF 50 yang mengandungi pelindung matahari.

Tidak. Tetapi tekstur ringan dan lembut krim ini akan mengunci kelembapan. Perlu ingat bahawa pendedahan kepada matahari adalah salah satu faktor penuaan, jadi sentiasa akhiri rutin penjagaan kulit dengan pelindung matahari.

Moisture Lock Day Cream dirumus khusus untuk memberikan penghidratan mendalam dan mengunci kelembapan pada waktu siang, pelembap ringan dan lembut yang mudah dipakai sebelum menyapukan solekan.

Ya. Pendapat yang mengatakan kulit berminyak tidak memerlukan penghidratan sewajarnya adaah satu mitos. Moisture Lock Day Cream mengandungi sedikit minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan, bersifat ringan, dan sesuai dengan kulit yang tidak komedogenik, yang bermakna ia tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Produk ini diformulasi khusus untuk berasa ringan dan tidak berminyak pada semua jenis kulit – walaupun kulit berminyak.

HYDRATING GEL MASK

Sapukan pada muka yang bersih, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan tuala basah.

Sapukan lapisan nipis ke seluruh muka anda, elakkan kawasan sekitar mata dan bibir. Muka anda sepatutnya kelihatan kilat keemasan.

Kami sarankan sekali atau dua kali seminggu, tetapi tiada had kepada berapa kerap anda mahu berikan diri anda rawatan muka yang pantas. Ia amat sesuai untuk meningkatkan keserian dan penghidratan.

Produk ini mengandungi oksida besi dan mika yang dihasilkan secara semula jadi, yang merupakan pigmen warna.

Ya. Jika anda mempunyai kawasan muka yang memerlukan pembersihan mendalam atau rawatan penyaktoksin, anda boleh sapukan mask ini ke bahagian berkenaan. Zon-T (dahi, hidung dan dagu) biasanya adalah kawasan yang memerlukan pembersihan mendalam.

PURIFYING CLAY MASK

Sapukan pada muka yang bersih, biarkan 10 minit, dan bilas dengan tuala basah.

Sapukan satu lapisan nipis ke seluruh muka anda atau kawasan tertentu yang memerlukan pembersihan mendalam atau penyahtoksin, elakkan kawasan sekitar mata dan bibir. Kawasan yang dirawat sepatutnya menunjukkan lapisan berwarna kelabu gelap yang legap apabila disapukan.

Kami sarankan sekali atau dua kali seminggu, tetapi tiada had kepada berapa kerap anda mahu berikan diri anda rawatan muka yang pantas untuk meningkatkan kecerahan kulit anda.

Ya. Formulasi ini menyerap dan menghilangkan ejen pencemaran, kekotoran, dan minyak berlebihan unuk membantu meminimumkan penampilan liang pori dan menyerlahkan kulit yang lebih licin tanpa menyebabkan kulit mengelupas atau kering. Sangat bagus untuk mensasarkan kawasan yang memerlukan pembersihan mendalam atau nyahtoksin, serta untuk mencerahkan kulit yang letih dan kusam. Pastikan anda mengelakkan kawasan sekitar mata dan bibir.

Warna kelabu gelap dihasilkan oleh bahan-bahan semulajadi termasuklah kaolin dan bentonite, kedua-duanya adalah tanah liat kaya mineral, bersama serbuk arang dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju di Lautan Pasifik.

RESTORING EYE TREATMENT

Ya. Produk ini dihasilkan untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh wanita dan lelaki.

Tiada istilah terlalu awal. Anda boleh mula menggunakannya sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda penuaan, atau lebih awal sebagai langkah pencegahan.

Gunakan dua kali sehari, pagi dan malam.

Picit produk ini sebesar saiz mutiara ke hujung aplikator dan ratakan ia di kawasan mata, termasuklah di bawah mata sepanjang tulang orbital ke bahagian luar sudut mata, bagi merawat garis ekspresi dan kedutan tepi mata, kelopak atas mata, dan kawasan tulang di kening. Urut krim ini menggunakan hujung logam aplikator yang sejuk.

Penggunaan alternatif: Calitkan produk di tiga tempat di bawah mata sepanjang tulang orbital. Sebagai tambahan, calitkan sedikit pada tulang di kening dan kawasan luar hujung mata, di garisan ekspresi dan kedutan tepi mata. Gunakan hujung logam aplikator untuk meratakan produk dan mengurut kawasan mata.

Hujung logam aplikator memberikan kesan penyejukan, dan mengurut produk masuk ke dalam kawasan yang dirawat, dengan pusingan, yang membantu menghilangkan sembap dan lingkaran gelap.

Ya. Anda boleh picitkan Restoring Eye Treatment sebesar saiz mutiara ke hujung aplikator. Kemudian, gunakan jari manis, calitkan produk ke kawasam yang hendak dirawat. Gunakan hujung logam akplikator untuk mengurut krim masuk ke dalam kulit di bahagian yang dirawat.

Sebaik sahaja anda selesai melengkapkan rutin penjagaan kulit YOUTH, anda boleh mengoles solekan anda. Bagaimanapun, sesetengah orang mungkin perlu menunggu beberapa minit selepas menggunakan produk penjagaan kulit sebelum mula bersolek. Ingatlah bahawa sapuan sedikit Restoring Eye Treatment mempunyai kesan berpanjangan, jadi jika anda menghadapi kesukaran mengoleskan solekan, anda mungkin perlu mengurangkan jumlah produk ini.

YOUTH ACITVATING SERUM

Serum adalah produk penjagaan kulit yang ringan, mudah menyerap yang menembusi jauh ke dalam kulit. Serum memfokuskan kepada pemulihan dan manfaat rawatan tertentu serta diformulasi untuk menyampaikan bahan-bahan berkuasa pada kepekatan lebih tinggi ke kawasan kulit yang khusus untuk kesan yang lebih intensif. Serum direka untuk berfungsi secara sinergi dengan produk penjagaan kulit anda yang lain, dan boleh dilapiskan dengan produk lain, tetapi perlu digunakan sebelum rawatan yang lebih oklusif atau pelembap untuk hasil yang optimum.

Picitkan 1 ke 1.5 pam ke hujung jari anda dan dengan lembut ratakan ke seluruh muka, kecuali kawasan mata.

Mungkin anda gunakan terlalu banyak. Cuba gunakan hanya satu pam serum dan biar ia meresap sepenuhnya sebelum menyapukan Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50.

Youth Activating Serum mengandungi retinol vitamin A. Saya tidak pernah menggunakan retinol vitamin A sebelum ini. Apa yang boleh saya jangkakan? Sesetengah individu, terutama mereka yang mempunyai kulit sangat sensitif atau yang tidak pernah menggunakan retinol sebelum ini, mungkin mengalami kulit kering dan mengelupas pada beberapa minggu pertama penggunaan Serum. Ini adalah normal dan tanda bahawa produk itu berfungsi. Youth Activating Serum mempunyai retinol vitamin A berkapsul yang berfungsi untuk mempercepatkan kitaran pembaharuan sel kulit. Pengelupasan adalah hasil daripada kulit anda membuang sel-sel kulit mati supaya sel baharu yang sihat boleh menggantikannya. Kulit anda sedang menyesuaikan diri kepada penggunaan produk dalam beberapa minggu pertama jika anda mengalami pengelupasan.

Bagi membantu kulit anda menyesuaikan diri dengan retinol, sapukan sekali pada waktu malam selang sehari untuk dua minggu pertama. Kemudian perlahan-lahan tingkatkan kepada sekali setiap malam selama seminggu dan akhirnya dua kali setiap hari. Jika pengelupasan berlaku, kurangkan kekerapan penggunaan. Jika menggunakan dua kali sehari, kurangkan kepada sekali sehari atau selang sehari. Sentiasa susuli Youth Activating Serum dengan Age Defense Moisturizer – SPF 50 pada waktu siang.

RADIANCE C + E

Anda boleh menggunakan kapsul satu dos yang dipek untuk memudahkan anda ini sekali sehari, pada waktu pagi atau malam. Hanya pusingkan tab ini dengan lembut dan picit produk pada jari. Ratakan ke seluruh muka yang bersih selepas menggunakan Perfecting Skin Toner. Ia diikuti dengan pelembap siang atau malam.

Produk rawatan ini mengandungi 20% vitamin C tulen untuk memberikan manfaat kulit yang unggul pada kawasan yang mempunyai tompok usia, perubahan warna kulit dan tona tidak sekata. Mulakan dengan menyapukan Radiance C + E sekali atau dua kali seminggu, atau campurkan ia dengan Advanced Renewal Night Cream pada waktu malam dan kemudian tingkatkan jumlah penggunakan secara berperingkat atau gunakan sebagai rawatan untuk tompok usia.

Kedua-dua Radiance C + E dan Youth Activating Serum adalah sangat aktif, sehingga kulit anda dapat menyesuaikan diri, kami sarankan selang-selikan penggunaannya apabila memulakan regimen ini. Jika anda terasa kebas, mencucuk, atau ada tompokan kering atau merah, kurangkan kekerapan penggunaannya. Apabila kulit anda telah dapat menyesuaikan diri, anda boleh tingkatkan kekerapan.

Ia boleh digunakan sama ada pada waktu pagi atau malam, lebih baik diselangselikan dengan Youth Activating Serum. Radiance C + E dan Advance Renewal Night Cream boleh digunakan bersama sebagai Brightening Power Duo. Hanya campurkan kedua-duanya di tapak tangan anda dan sapukan campuran ini ke muka sebagai mask pencerah sebelum masuk tidur. Gandingan ini akan membuatkan kulit anda berasa selembut sutera.

Ia dipakej begitu untuk memudahkan dan membolehkan formula bebas pengawet. Kapsul ini juga berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan dan 100% terbiodegradasi.

Khusus untuk Mengetahui Mengenai Penjagaan Kulit YOUTH

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.

Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai Untuk Anda

Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.

Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.

Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.