SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Master Coordinator SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

MASTER COORDINATOR
SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL


Pahang • Mei 2020Mei

Titian Kejayaan


Supervisor

Senior Supervisor

Coordinator

Senior Coordinator

Key Coordinator

Senior Key Coordinator

Master Coordinator

Titian Kejayaan


Supervisor

Senior Supervisor

Coordinator

Senior Coordinator

Key Coordinator

Senior Key Coordinator

Master Coordinator

Photo 3 - Masters Coordinators SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Pelajar? Saya Master Coordinator Shaklee-lah!

Saya adalah anak bongsu daripada 6 adik-beradik. Pada usia muda ini, saya memilih untuk berdikari dan tidak mahu membebankan keluarga. Ibu membesarkan kami sendirian kerana ayah meninggal dunia ketika saya kecil. Ketika itu hidup kami susah. Ibu saya banyak berkorban hanya untuk memastikan kami cukup makan dan pakai. Inilah sebab utama mengapa saya berusaha gigih untuk membina kehidupan lebih baik buat ibu dan diri sendiri.

Perjalanan perniagaan Shaklee saya bermula apabila saya mengalami masalah akne yang teruk hingga menjejaskan keyakinan diri. Saya menjauhkan diri daripada kawan-kawan. Bermacam-macam cara dicuba untuk memperbaiki keadaan kulit saya tetapi tidak berjaya. Atas saranan kakak, yang menjadi Pengedar Bebas Shaklee, saya mengambil keputusan untuk mencuba produk Shaklee. Saya melengkapkan diet saya dengan ESP Soy Protein, vitamin C, vitamin E, Vivix, Herb-Lax, Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Photo 1 - Masters Coordinators SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Photo 2 - Masters Coordinators SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Selepas dua bulan secara konsisten mengamalkan suplemen, bertukar ke diet lebih sihat dan memastikan saya mendapat tidur yang cukup, keadaan kulit saya bertambah baik. Dengan perubahan yang ketara itu, amat mudah untuk saya berkongsi Shaklee Effect. Melalui perkongsian berkenaan, ramai yang menyertai saya menjual produk Shaklee dan saya mula melihat perniagaan Shaklee saya berkembang.

Ketika itu, saya berusia 19 tahun dan baru menamatkan progam matrikulasi. Saya mungkin muda tetapi saya gigih meneruskan perniagaan Shaklee dan melanjutkan pelajaran. Dengan banyak usaha dan perkongsian yang berterusan, saya berjaya memperoleh pendapatan lima angka, walaupun sebagai pelajar universiti.

Kini pada usia 22 tahun, saya berjaya mencapai pangkat aster Coordinator, memperoleh lebih banyak daripada yang saya boleh bayangkan kerana saya masih pelajar tahun tiga dalam jurusan pemakanan di UPM. Umur, latar belakang dan identiti saya sekarang sebagai pelajar bukanlah penghalang untuk membina empayar perniagaan dan berjaya dalam hidup. Shaklee adalah perniagaan pertama yang saya ceburi dan akan menjadi kerjaya saya selamanya.

Saya mengasaskan organisasi D2D dengan hanya 4 ahli tetapi kini, jumlahnya sudah melebihi 4,000 ahli! Saya bersyukur bertemu ramai ahli yang berdikari, komited dan luar biasa dalam perjalanan Shaklee saya.

Photo 4 - Masters Coordinators SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Photo 5 - Masters Coordinators SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Photo 6 - Masters Coordinators SITI NURMIE BINTI CHE ISMAIL

Saya tidak mengukur kejayaan saya dengan pendapatan tetapi jumlah orang yang organisasi telah saya bantu untuk merealisasikan impian mereka. Mencapai pangkat Master Coordinator bukanlah pengakhiran tetapi permulaan untuk melatih dan menghasilkan lebih ramai Master Coordinator yang muda dan berjaya.

Jika kita hendak berjaya, kita perlu membantu orang lain berjaya bersama kita. Sebaik anda bermula, jangan sekalikali berputus asa. Mesti konsisten! Kejayaan akan jadi milik anda tidak lama lagi.

Jutaan terima kasih kepada kakak saya merangkap Upline Master Coordinator Fatimah Che Ismail & Mohd Zulkhaimi Abd Rahman, ibu, keluarga dan semua ahli D2D serta pelanggan yang menyokong kami selama ini.

Tanpa anda semua, saya tidak akan berada di sini hari ini. Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua ahli Keluarga Shaklee. Marilah kita mencapai kejayaan yang lebih baik bersama-sama.