Tunjukkan
Untuk
 

 

YOUTH™ Perfecting Skin Toner
 
Kod Produk: 14102
Harga Pengedar:
RM163.00
Harga Runcit:
RM203.75
YOUTH for YOU
YOUTH for YOU

YOUTHTM Perfecting Skin Toner (177 ml)

Kod Produk: 14102
(177 ml)

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.


Soalan-soalan Lazim

PERFECTING SKIN TONER

Basahkan kain kasa atau kapas muka atau bebola kapas dengan penyegar dan sapu seluruh muka secara lembut.

Khusus untuk Mengetahui Mengenai Penjagaan Kulit YOUTH

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.

Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai Untuk Anda

Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.

Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.

Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.