Tunjukkan
Untuk
 

 

Omega Guard™
Omega GuardTM membekalkan asid lemak perlu Omega-3 yang tulen. Ianya biasa ditemui secara semula jadi pada ikan kecil di habitat air sejuk laut dalam. Setiap hidangan, b...
Baca Lebih Lanjut
Kod Produk: 10236
Harga Pengedar:
RM114.00
Harga Runcit:
RM142.50

Omega GuardTM

Omega GuardTM

Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi

Dapatkan manfaat lemak baik! Minyak ikan yang disaring dan berkepekatan tinggi
dapat membekalkan asid lemak omega-3 penting terutamanya EPA dan DHA.
Lemak sihat ini adalah sebahagian daripada blok binaan penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.

 
 

Keistimewaan Shaklee

MEMBEKALKAN KUALITI DALAM SETIAP KAPSUL

Bersumberkan Ikan Kecil

Spesies ikan yang lebih besar cenderung mengandungi logam berat yang lebih tinggi
dan pencemaran bahan organik seperti merkuri kerana jangka hayatnya yang lebih panjang.

 
 

Kawalan Kualiti Di Setiap Peringkat

Untuk memastikan ketulenan dan keberkesanannya, kandungan minyak ikan Omega GuardTM
melalui proses Penyulingan Molekul Tiga Peringkat moden bagi memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat
dan menyingkirkan sebatian berbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenik kadmium, dioksin,
PCB dan bahan cemar lain. Ia juga mengurangkan bau dan rasa hanyir.

 

Omega-3 Berspektrum Luas adalah lebih baik

Minyak ikan menawarkan lebih banyak asid lemak Omega-3 sebagai tambahan kepada EPA dan DHA.
Pilihlah suplemen minyak ikan berkualiti tinggi yang mengandungi Omega-3 berspektrum luas termasuk EPA,
DHA dan banyak lagi untuk sokongan kesihatan yang optimum.

 

Manfaat Seluas Lautan

Asid lemak Omega-3 umpama pejuang pelbagai tugas untuk tubuh anda, khususnya untuk jantung, otak, mata, sendi dan pengurusan berat badan.

 
Adiwira Kesihatan Jantung:

Kajian menunjukkan Omega-3 boleh membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem peredaran darah.1


Merangsang Fungsi Otak:

DHA iaitu Omega-3 paling utama yang banyak terkandung pada bahagian otak dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kesihatan mental.2


Keperluan Utama Mata

Pengambilan DHA yang mencukupi dikaitkan dengan keupayaan mengekalkan penglihatan yang baik. Ia boleh membantu mencegah masalah degenerasi makular3 disebabkan oleh faktor umur yang merupakan punca utama kehilangan penglihatan.


Pelindung Sendi:

Sifat anti radang dalam Omega-3 boleh membantu mengurangkan kesakitan dan kaku pada sendi.4


Kecekapan Metabolik:

Pengambilan EPA dan DHA yang digandingkan dengan amalan diet sihat dan senaman membantu merangsang metabolisma5 untuk pengurusan berat badan yang berterusan.

Kandungan Setiap Capsule

SOALAN LAZIM

Kapsul Omega Guard™ dihasilkan daripada sumber lembu.

Omega Guard™ mengandungi minyak ikan dan kapsul daripada sumber lembu.

Anda disarankan untuk menyimpan Omega Guard™ di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada sinaran matahari dan sumber haba. Sebaiknya, tutup botol dengan ketat untuk mengelakkan ia terdedah kepada udara, kelembapan dan cahaya. Faktor-faktor tersebut boleh menjejaskan kualiti produk.

Ambil Omega Guard™ bersama makanan kerana lemak membantu meningkatkan penyerapan asid lemak Omega-3.

Omega Guard™ mempunyai sedikit rasa hanyir. Untuk mengurangkan rasanya, anda boleh cuba:

  • Ambil suplemen bersama makanan: Mengambil minyak ikan bersama makanan boleh membantu mengurangkan rasa hanyir selepas makan atau ketika sendawa.
  • Sejukkan suplemen: Menyimpan suplemen minyak ikan di dalam peti sejuk boleh membantu memperlahankan proses pengoksidaan dan mengurangkan potensi rasa hanyir.

 

Jika anda dijadualkan menjalani pembedahan, sangat penting untuk anda memberitahu doktor mengenai semua suplemen dan ubat-ubatan yang anda ambil, termasuklah minyak ikan. Mereka boleh memberi panduan khusus untuk anda berdasarkan keadaan kesihatan dan jenis pembedahan yang bakal anda jalani.

Purata pengambilan harian asid lemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Bahkan pengambilan asid lemak Omega-3 penduduk dunia juga di bawah paras yang diperlukan. Mengambil suplemen asid lemak Omega-3 boleh membantu merapatkan jurang ini, khususnya bagi mereka yang kurang makan ikan atau perlu mematuhi beberapa sekatan diet.

 

Rujukan:

  1. Calder PC. Omega-3 fatty acids and inflammatory processes. Nutrients. 2010 Mar;2(3):355-374. doi: 10.3390/nu2030355. Epub 2010 Mar 18. PMID: 22254027; PMCID: PMC3257651.
  2. Dighriri IM, Alsubaie AM, Hakami FM, Hamithi DM, Alshekh MM, Khobrani FA, Dalak FE, Hakami AA, Alsueaadi EH, Alsaawi LS, Alshammari SF, Alqahtani AS, Alawi IA, Aljuaid AA, Tawhari MQ. Effects of Omega-3 Polyunsaturated Fatty Acids on Brain Functions: A Systematic Review. Cureus. 2022 Oct 9;14(10):e30091. doi: 10.7759/cureus.30091. PMID: 36381743; PMCID: PMC9641984.
  3. Souied, Eric & Aslam, Tariq & Garcia-Layana, Alfredo & Holz, Frank & Leys, Anita & Silva, Rufino & Delcourt, Cécile. (2015). Omega-3 Fatty Acids and Age-Related Macular Degeneration. Ophthalmic research. 55. 62-69. 10.1159/000441359.
  4. Cordingley DM, Cornish SM. Omega-3 Fatty Acids for the Management of Osteoarthritis: A Narrative Review. Nutrients. 2022 Aug 16;14(16):3362. doi: 10.3390/nu14163362. PMID: 36014868; PMCID: PMC9413343.
  5. Swanson D, Block R, Mousa SA. Omega-3 fatty acids EPA and DHA: health benefits throughout life. Adv Nutr. 2012 Jan;3(1):1-7. doi: 10.3945/an.111.000893. Epub 2012 Jan 5. PMID: 22332096; PMCID: PMC3262608.