Tunjukkan
Untuk
 

OoS

YOUTH™ Radiance C + E
 
Kod Produk: 14110
Harga Pengedar:
RM337.00
Harga Runcit:
RM421.25
YOUTH for YOU
YOUTH for YOU

YOUTHTM Radiance C + E (60 kapsul)

Kod Produk: 14110

Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Pure Vitamin C, Vitamin E, plus Raspberry.
Untuk penggunaan selama 60 hari.


Soalan-soalan Lazim

RADIANCE C + E

Anda boleh menggunakan kapsul satu dos yang dipek untuk memudahkan anda ini sekali sehari, pada waktu pagi atau malam. Hanya pusingkan tab ini dengan lembut dan picit produk pada jari. Ratakan ke seluruh muka yang bersih selepas menggunakan Perfecting Skin Toner. Ia diikuti dengan pelembap siang atau malam.

Produk rawatan ini mengandungi 20% vitamin C tulen untuk memberikan manfaat kulit yang unggul pada kawasan yang mempunyai tompok usia, perubahan warna kulit dan tona tidak sekata. Mulakan dengan menyapukan Radiance C + E sekali atau dua kali seminggu, atau campurkan ia dengan Advanced Renewal Night Cream pada waktu malam dan kemudian tingkatkan jumlah penggunakan secara berperingkat atau gunakan sebagai rawatan untuk tompok usia.

Kedua-dua Radiance C + E dan Youth Activating Serum adalah sangat aktif, sehingga kulit anda dapat menyesuaikan diri, kami sarankan selang-selikan penggunaannya apabila memulakan regimen ini. Jika anda terasa kebas, mencucuk, atau ada tompokan kering atau merah, kurangkan kekerapan penggunaannya. Apabila kulit anda telah dapat menyesuaikan diri, anda boleh tingkatkan kekerapan.

Ia boleh digunakan sama ada pada waktu pagi atau malam, lebih baik diselangselikan dengan Youth Activating Serum. Radiance C + E dan Advance Renewal Night Cream boleh digunakan bersama sebagai Brightening Power Duo. Hanya campurkan kedua-duanya di tapak tangan anda dan sapukan campuran ini ke muka sebagai mask pencerah sebelum masuk tidur. Gandingan ini akan membuatkan kulit anda berasa selembut sutera.

Ia dipakej begitu untuk memudahkan dan membolehkan formula bebas pengawet. Kapsul ini juga berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan dan 100% terbiodegradasi.

Khusus untuk Mengetahui Mengenai Penjagaan Kulit YOUTH

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.

Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai Untuk Anda

Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.

Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.

Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.