Tunjukkan
Untuk
 

 

NutriFeron® Granules
NutriFeron® Granules mengandungi campuran empat jenis ekstrak tumbuhan - Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago dan Bunga Japanese Honeysuckle yang digunakan secara t...
Baca Lebih Lanjut
Kod Produk: 11028
Harga Pengedar:
RM159.00
Harga Runcit:
RM198.75

NutriFeron® Granules

NutriFeron® Granules

Lindungi Kesihatan Anda Setiap Hari

NutriFeron® Granules diformulasikan untuk meningkatkan pertahanan semulajadi badan anda untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Keistimewaan Shaklee

NutriFeron® Granules adalah formulasi istimewa
yang hanya boleh didapati di Shaklee.

 

Perlindungan Di Mana-Mana Sahaja!

Kajian makmal menunjukkan campuran proprietari daripada ekstrak tumbuhan semulajadi ini
boleh menyerlahkan potensi sistem pertahanan badan seawal tiga hari sahaja.1,2,3,4

 

Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi diperoleh daripada Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago dan Bunga Japanese Honeysuckle untuk:

Meningkatkan penghasilan interferon semulajadi badan yang memberi isyarat kepada sistem pertahanan badan untuk bertindak balas terhadap jangkitan.
 
Meningkatkan pertahanan badan dengan pantas.
 
Menggerakkan pasukan “cari-dan-musnah” sistem imun.
 
 
Apakah Interferon?
Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus, bakteria dan parasit. Ia membantu mengaktifkan sel imun untuk menyerang patogen yang menceroboh masuk, menguatkan ketahanan sel dan melindungi badan daripada kuman di sekeliling kita. Meningkatkan Interferon dalam badan anda adalah penting untuk memastikan sistem pertahanan anda kekal sihat!
 
 

Siapa yang Memerlukan Penggalak Interferon?

Sistem imun kita dibina untuk melindungi kita tetapi faktor-faktor harian seperti pemakanan yang tidak sihat, tekanan, terdedah kepada patogen dan bakteria, pencemaran dan keletihan boleh melemahkan keupayaannya untuk mempertahankan badan.

 

 

Aktifkan pertahanan semulajadi badan anda untuk kekal sihat!

 

Aktifkan pertahanan semulajadi badan anda untuk kekal sihat!

 

Pertahanan yang Kuat di mana-mana sahaja

Soalan Lazim

Soalan Anda Mengenai NutriFeron® Granules Terjawab!

NutriFeron® Granules terkenal dengan keupayaannya untuk menguatkan tubuh badan secara semulajadi. Di sini, kami menjawab soalan lazim mengenai suplemen unik ini dan peranannya dalam menyokong pertahanan badan anda.

NutriFeron® Granules adalah suplemen yang direka untuk meningkatkan pertahanan semulajadi badan. Ia diformulasi untuk menjaga kesihatan badan anda secara selamat dan semulajadi agar sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia adalah formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee.

NutriFeron® Granules mengandungi campuran ekstrak tumbuhan yang meningkatkan penghasilan interferon semulajadi untuk mengaktifkan dan menguatkan pertahanan badan.

NutriFeron® Granules mengandungi campuran ekstrak tumbuhan semulajadi termasuk Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago dan Bunga Japanese Honeysuckle yang telah dipilih berdasarkan ciri-ciri perlindungannya.

Interferon adalah sejenis protein yang memberi isyarat dan mengawal tindak balas imun, terutamanya terhadap bendasing yang menyerang badan. Vitamin C adalah nutrien penting yang menguatkan pertahanan imun dan memberikan perlindungan antioksidan. Kedua-duanya saling melengkapi untuk melindungi tubuh badan.

Dr. Yasuhiko Kojima ialah seorang ahli imunologi terkenal dunia yang telah menemui Interferon—protein penting untuk tindak balas imun. Beliau mengenal pasti campuran unik ekstrak tumbuhan semulajadi yang meningkatkan penghasilan interferon badan. Kombinasi ekstrak ini menjadi kandungan utama dalam NutriFeron® Granules.

Formulasi NutriFeron® Granules adalah berdasarkan penyelidikan Dr. Kojima terhadap sokongan semulajadi Interferon. Shaklee juga menjalankan ujian terperinci untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk, namun kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza.

 

Rujukan:

  1. Ushiroyama T,Yoshida S,Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. Clinical efficacy of EH0202, a Kampo formula, on the health of middle-aged women. Am J Chin Med. 2004;32(5):755-70.
  2. Ushiroyama T,Yoshida S,Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. A pilot study of a Kampo formula, EH0202, with intriguing results for menopausal symptoms. J Altern Complement Med. 2004 Apr;10 (2):397-9.
  3. Kaji K,Yoshida S, Nagata N,Yamashita T, Mizukoshi E, Honda M, Kojima Y, Kaneko S. An open-label study administration of EH0202, a healthfood additive, to patients with chronic hepatitis C. J Gastroenterol. 2004 Sep;39(9):873-8.
  4. Kubo M, Hashimoto Y,Yoshida S.The effect of health food containing EH0202 on physical and mental symptoms accompanying menstruation in women with premenstrual syndrome (PMS). Clin Pharm Ther. 2004;14(2):129-142.

 

Penafian:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat ahli profesional perubatan sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang hamil, menyusu, mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil sebarang ubat. Kesan mungkin berbeza mengikut individu.
Kami menjalankan lebih daripada 350 ujian kontaminasi ke atas setiap bahan baru untuk memastikan keselamatan produk kami. Dan kami juga menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.