SYARAT-SYARAT KEAHLIAN - Anda mestilah seorang warganegara Malaysia atau berstatus Penduduk Tetap, dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pengedar boleh memohon secara individu atau bersama pasangan. Pasangan tidak boleh mendaftar Keahlian yang berasingan.
NOMBOR ID - No. ID Shaklee anda hendaklah digunakan untuk semua urusan komunikasi dengan Shaklee Products (Malaysia) Sdn. Bhd., termasuk urusan penajaan.
PENAJAAN - Saya/Kami bersetuju dengan penaja yang ditetapkan oleh Shaklee Products (Malaysia) dan mematuhi:
- Penyata hak-hak & tanggungjawab Shaklee di bawah Seksyen 2 menjadi seorang Pengedar.
- Seksyen 7 berkenaan pengelolaan organisasi baharu dan penamatan.
PENGEDARAN DAN PENJUALAN PRODUK - Pemohon yang diluluskan boleh menggelar diri mereka Pengedar Bebas Shaklee dan dibenarkan untuk menjual produk Shaklee kepada orang lain. Oleh kerana Shaklee merupakan sebuah syarikat pemasaran rangkaian, para Pengedar tidak boleh menjual produk Shaklee secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada kedai atau premis runcit.
AMALAN DAN DAKWAAN YANG TIDAK DIBENARKAN - Para Pengedar tidak dibenarkan untuk membuat dakwaan yang tidak wajar mengenai produk Shaklee atau Pelan Pampasan yang bertentangan dengan bahan risalah yang diterbitkan oleh Shaklee. Para Pengedar Shaklee disarankan mematuhi undang-undang Malaysia, Kod Etika Tatalaku Shaklee serta Penyata Keistimewaan dan Tanggungjawab Shaklee. Shaklee berhak untuk mengambil tindakan pembetulan ke atas Pengedar yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, yang mungkin termasuk penggantungan perniagaan, penahanan pembayaran bonus, jemputan untuk lawatan insentif, dan/atau penamatan Pengedaran.
STATUS KONTRAKTOR BEBAS - Para Pengedar ialah Kontraktor Bebas. Para Pengedar bukanlah pekerja, wakil sah atau ejen Shaklee, atau pemegang Keahlian Bebas Shaklee yang lain. Oleh yang demikian, para Pengedar tidak akan menerima layanan sebagai pekerja bagi tujuan peruntukan cukai pendapatan, undang-undang buruh atau sebarang undang-undang lain yang melindungi para pekerja.
PERJANJIAN - Pelan Pampasan, Panduan Perniagaan, P&R Shaklee dan lain-lain bahan terbitan Shaklee adalah membentuk sebahagian daripada perjanjian ini. Saya/Kami mengaku telah menerima Panduan Perniagaan Shaklee dan bahan-bahan terbitan Shaklee yang lain yang dinyatakan di sini sebagai rujukan, dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat dalam semua bahan penerbitan ini.
PEMBATALAN PERJANJIAN - Saya/Kami boleh memilih untuk membatalkan perjanjian ini dengan memaklumkan kepada Shaklee secara bertulis dalam tempoh tidak kurang dari sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Pembayaran semula yuran keahlian akan dibuat selepas pembatalan keahlian saya/kami, tertakluk kepada pemulangan Kit Permulaan dan bahan penerbitan berkaitan Shaklee yang lain. Saya/Kami bersetuju bahawa pembayaran balik yuran tidak terpakai atas sebarang promosi pendaftaran percuma.
STATUS DAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN PENGEDAR - Keahlian seorang Pengedar akan kekal aktif selagi Pengedar tersebut membeli mana-mana produk Shaklee, dan tiada yuran langganan tahunan atau yuran pembaharuan yang berasingan diperlukan. Sekiranya seorang Pengedar tidak merekodkan sebarang pembelian yang layak untuk satu tempoh yang panjang, keahlian Pengedar tersebut akan luput dan boleh dikeluarkan daripada sistem Shaklee. Walau bagaimanapun, Shaklee boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, memilih untuk mengekalkan keahlian Pengedar yang telah luput daripada mengeluarkannya, dan sebarang keputusan untuk mengekalkan atau mengeluarkan keahlian Pengedar akan dibuat oleh Shaklee dan adalah muktamad. Bagi mengelakkan keahlian daripada luput, seorang Pengedar hanya perlu membuat sekurang-kurangnya satu (1) pembelian yang layak dalam tempoh yang berkenaan.
UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR - Keahlian akan ditadbir berdasarkan Undang-Undang Malaysia. Saya/Kami mengaku akan mematuhi semua undang-undang, syarat dan peraturan Malaysia yang relevan dengan Keahlian saya/kami termasuk peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung 1993, seperti yang tertera dalam Panduan Perniagaan, dan akan melindungi Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd daripada sebarang akibat pelanggaran perjanjian ini oleh saya/kami, jika berbangkit.