Tunjukkan
Untuk
 

 

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder membekalkan 14g Protein Rendah Indeks Glisemik, 7 jenis vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi dalam setiap hidangan.

Saranan pen...
Baca Lebih Lanjut
Kod Produk: 11055
Harga Pengedar:
RM139.00
Harga Runcit:
RM173.75

ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
with Vanilla Flavour

untuk Seisi Keluarga

ESP Soy Protein adalah minuman lazat, versatile,
mudah dibancuh dan sesuai untuk setiap gaya hidup.
Ia membekalkan kebaikan yang anda perlukan sama ada untuk remaja yang sedang membesar,
ibu bapa yang aktif atau warga tua. Nikmati manfaat protein soya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!

Soya mengandungi sebatian tumbuhan semulajadi iaitu isoflavon soya yang bermanfaat untuk:

Kesihatan jantung dengan mengurangkan kolesterol LDL
 
Kesihatan tulang dengan mengekalkan kepadatan tulang
 
Kulit, kuku dan rambut yang berseri dengan menegangkan dan meningkatkan penghasilan kolagen
 
Melegakan simptom menopaus seperti rasa panas, insomnia dan keletihan
 
Kesihatan prostat dengan menyokong fungsi prostat yang sihat
 

Keistimewaan Shaklee

Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol.*

*Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol dalam darah adalah 25g sehari.

Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai yang tertinggi dan setanding dengan protein haiwan.
Protein yang lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang penting untuk pertumbuhan yang normal dan mengekalkan kesihatan yang baik.
Tinggi dengan kalsium untuk menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Kaya dengan Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 dan folik asid untuk proses penukaran lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
 

Masa untuk ESP!


Nutrisi Penting dalam Everyday Shake Protein Anda

FAQs

Soalan Anda tentang serbuk protein soya sudah Terjawab!

Serbuk protein soya terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan yang mengagumkan. Kami akan menjawab soalan-soalan lazim yang mungkin timbul tentang protein berasaskan tumbuhan yang luar biasa ini.

Pengambilan protein yang mencukupi setiap hari memberikan manfaat kesihatan yang menakjubkan.

Untuk semua!

  • Meningkatkan penghasilan kolagen1 dan elastin untuk menegangkan kulit anda.
  • Menggalakkan penghasilan keratin untuk rambut yang lebih kuat dan berkilat serta kuku yang lebih sihat2.

Ibu-ibu dengan pelbagai tugas dan dewasa bekerja yang sentiasa sibuk:

  • Menggalakkan kadar glukosa dalam darah yang stabil untuk tenaga berkekalan sepanjang hari.

Remaja yang sedang membesar, individu aktif dan warga tua:

  • Menggalakkan penghasilan otot3 untuk meningkatkan kekuatan otot.
  • Menghalang kemerosotan tisu otot dan menyokong pertumbuhan otot yang sihat.

Warga tua dan individu dengan pemakanan yang tinggi lemak:

  • Mengurangkan kolesterol LDL4 untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Semua wanita:

  • Mengurangkan simptom menopaus seperti rasa panas5, insomnia dan keletihan6.
  • Menghalang kemerosotan jisim tulang dalam kalangan wanita menopaus untuk mengekalkan tulang yang kuat7.

Anda boleh mendapatkan protein daripada pelbagai sumber. Penambahan protein berasaskan tumbuhan ke dalam diet harian anda adalah disyorkan kerana ianya rendah lemak dan bebas kolesterol. Protein soya juga baik untuk warga emas yang mungkin mengalami masalah penghadaman dan individu dengan intoleransi laktosa.

Untuk dewasa sihat secara am:
1g protein untuk setiap kilogram berat badan setiap hari.

Perempuan mengandung:

Peringkat Protein (g)/Hari
Trimester Pertama +0.5
Trimester kedua +8
Trimester ketiga +25
Peringkat Protein (g)/Hari
Trimester Pertama +0.5
Trimester kedua +8
Trimester ketiga +25

Ibu menyusu:

Peringkat Protein (g)/Hari
6 bulan pertama +19
6 bulan kedua +13
Peringkat Protein (g)/Hari
6 bulan pertama +19
6 bulan kedua +13

Cadangan penyediaan adalah dengan mencampurkan serbuk protein soya dengan air suam atau sejuk, susu atau minuman pilihan anda.

Ya, sudah tentu! Walaubagaimanapun, kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil apa-apa suplemen tambahan ketika hamil. Berikut adalah beberapa pertimbangan yang anda boleh ambil kira:

  1. Keperluan Nutrisi: Serbuk protein soya ialah suplemen protein berkualiti tinggi yang boleh membantu memenuhi keperluan protein yang meningkat semasa kehamilan untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi.
  2. Semak Ramuan: Semak senarai ramuan untuk memastikan tiada komponen yang mungkin menyebabkan alahan atau perlu dielakkan semasa kehamilan.
  3. Kesederhanaan: Gunakan suplemen seperti yang dicadangkan dan elakkan pengambilan berlebihan untuk mengelakkan potensi kesan sampingan atau ketidakseimbangan nutrien.

Dengan mengikuti garis panduan ini dan mendapatkan nasihat daripada doktor anda, wanita hamil boleh menambahkan serbuk protein soya ke dalam diet mereka dengan selamat.

 

Rujukan:

  1. Rizzo, J., et al. (2023). Soy protein containing isoflavones improves facial signs of photoaging and skin hydration in postmenopausal women: Results of a prospective randomized double-blind controlled trial. Nutrients, 15(19), 4113. https://doi.org/10.3390/nu15194113
  2. Blair, R. M., and Tabor, A. (2009). The beauty of soy for skin, hair, and nails. In R. C. R. Martins (Ed.), Nutritional cosmetics: Beauty from within (pp. 441-468). William Andrew Publishing. https://doi.org/10.1016/B978-0-8155-2029-0.50030-2
  3. Zare, R., et al. (2023). Effect of soy protein supplementation on muscle adaptations, metabolic and antioxidant status, hormonal response, and exercise performance of active individuals and athletes: A systematic review of randomised controlled trials. Sports Medicine, 53(12), 2417–2446. https://doi.org/10.1007/s40279-023-01899-w
  4. Nutrition Committee of the AHA. (2000). Soy protein and cardiovascular disease: A statement for healthcare professionals. Circulation, 102(20), 2555–2559. https://doi.org/10.1161/01.CIR.102.20.2555
  5. Cianci A, Colacurci N, Paoletti AM, Perino A, Cicinelli E, et al. (2015) Soy isoflavones, inulin, calcium, and vitamin D3 in post-menopausal hot flushes: An observational study. Clin Exp Obstet Gynecol 42(6): 743-745.
  6. Hirose A, Terauchi M, Osaka Y, Akiyoshi M, Kato K, et al. (2018) Effect of soy lecithin on fatigue and menopausal symptoms in middle-aged women: A randomized, double-blind, placebo-controlled study. Nutrition journal 17(1): 4.
  7. Levis S, Strickman Stein N, Ganjei Azar P, Xu P, Doerge DR, et al. (2011) Soy isoflavones in the prevention of menopausal bone loss and menopausal symptoms: A randomized