NutriFeron® Granules diformulasikan untuk meningkatkan pertahanan semulajadi badan anda untuk menyokong kesihatan secara menyeluruh.




Kajian makmal menunjukkan campuran proprietari daripada ekstrak tumbuhan semulajadi ini
boleh menyerlahkan potensi sistem pertahanan badan seawal tiga hari sahaja.1,2,3,4


Campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi diperoleh daripada Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago dan Bunga Japanese Honeysuckle untuk:
Sistem imun kita dibina untuk melindungi kita tetapi faktor-faktor harian seperti pemakanan yang tidak sihat, tekanan, terdedah kepada patogen dan bakteria, pencemaran dan keletihan boleh melemahkan keupayaannya untuk mempertahankan badan.
Aktifkan pertahanan semulajadi badan anda untuk kekal sihat!
Aktifkan pertahanan semulajadi badan anda untuk kekal sihat!

NutriFeron® Granules terkenal dengan keupayaannya untuk menguatkan tubuh badan secara semulajadi. Di sini, kami menjawab soalan lazim mengenai suplemen unik ini dan peranannya dalam menyokong pertahanan badan anda.
NutriFeron® Granules adalah suplemen yang direka untuk meningkatkan pertahanan semulajadi badan. Ia diformulasi untuk menjaga kesihatan badan anda secara selamat dan semulajadi agar sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia adalah formulasi istimewa yang hanya boleh didapati di Shaklee.
NutriFeron® Granules mengandungi campuran ekstrak tumbuhan yang meningkatkan penghasilan interferon semulajadi untuk mengaktifkan dan menguatkan pertahanan badan.
NutriFeron® Granules mengandungi campuran ekstrak tumbuhan semulajadi termasuk Biji Labu, Bunga Safflower, Biji Plantago dan Bunga Japanese Honeysuckle yang telah dipilih berdasarkan ciri-ciri perlindungannya.
Interferon adalah sejenis protein yang memberi isyarat dan mengawal tindak balas imun, terutamanya terhadap bendasing yang menyerang badan. Vitamin C adalah nutrien penting yang menguatkan pertahanan imun dan memberikan perlindungan antioksidan. Kedua-duanya saling melengkapi untuk melindungi tubuh badan.
Dr. Yasuhiko Kojima ialah seorang ahli imunologi terkenal dunia yang telah menemui Interferon—protein penting untuk tindak balas imun. Beliau mengenal pasti campuran unik ekstrak tumbuhan semulajadi yang meningkatkan penghasilan interferon badan. Kombinasi ekstrak ini menjadi kandungan utama dalam NutriFeron® Granules.
Formulasi NutriFeron® Granules adalah berdasarkan penyelidikan Dr. Kojima terhadap sokongan semulajadi Interferon. Shaklee juga menjalankan ujian terperinci untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk, namun kesan ke atas setiap individu mungkin berbeza.
Rujukan:
Penafian:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Sila dapatkan nasihat ahli profesional perubatan sebelum menggunakan produk ini jika anda sedang hamil, menyusu, mempunyai masalah kesihatan atau sedang mengambil sebarang ubat. Kesan mungkin berbeza mengikut individu.
Kami menjalankan lebih daripada 350 ujian kontaminasi ke atas setiap bahan baru untuk memastikan keselamatan produk kami. Dan kami juga menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.