Dapatkan manfaat lemak baik! Minyak ikan yang disaring dan berkepekatan tinggi
dapat membekalkan asid lemak omega-3 penting terutamanya EPA dan DHA.
Lemak sihat ini adalah sebahagian daripada blok binaan penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan.



Spesies ikan yang lebih besar cenderung mengandungi logam berat yang lebih tinggi
dan pencemaran bahan organik seperti merkuri kerana jangka hayatnya yang lebih panjang.

Untuk memastikan ketulenan dan keberkesanannya, kandungan minyak ikan Omega GuardTM
melalui proses Penyulingan Molekul Tiga Peringkat moden bagi memekatkan asid lemak Omega-3 yang bermanfaat
dan menyingkirkan sebatian berbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenik kadmium, dioksin,
PCB dan bahan cemar lain. Ia juga mengurangkan bau dan rasa hanyir.

Minyak ikan menawarkan lebih banyak asid lemak Omega-3 sebagai tambahan kepada EPA dan DHA.
Pilihlah suplemen minyak ikan berkualiti tinggi yang mengandungi Omega-3 berspektrum luas termasuk EPA,
DHA dan banyak lagi untuk sokongan kesihatan yang optimum.

Asid lemak Omega-3 umpama pejuang pelbagai tugas untuk tubuh anda, khususnya untuk jantung, otak, mata, sendi dan pengurusan berat badan.
Kajian menunjukkan Omega-3 boleh membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem peredaran darah.1
DHA iaitu Omega-3 paling utama yang banyak terkandung pada bahagian otak dapat meningkatkan fungsi kognitif dan kesihatan mental.2
Pengambilan DHA yang mencukupi dikaitkan dengan keupayaan mengekalkan penglihatan yang baik. Ia boleh membantu mencegah masalah degenerasi makular3 disebabkan oleh faktor umur yang merupakan punca utama kehilangan penglihatan.
Sifat anti radang dalam Omega-3 boleh membantu mengurangkan kesakitan dan kaku pada sendi.4
Pengambilan EPA dan DHA yang digandingkan dengan amalan diet sihat dan senaman membantu merangsang metabolisma5 untuk pengurusan berat badan yang berterusan.


Kapsul Omega Guard™ dihasilkan daripada sumber lembu.
Omega Guard™ mengandungi minyak ikan dan kapsul daripada sumber lembu.
Anda disarankan untuk menyimpan Omega Guard™ di tempat yang sejuk, kering, jauh daripada sinaran matahari dan sumber haba. Sebaiknya, tutup botol dengan ketat untuk mengelakkan ia terdedah kepada udara, kelembapan dan cahaya. Faktor-faktor tersebut boleh menjejaskan kualiti produk.
Ambil Omega Guard™ bersama makanan kerana lemak membantu meningkatkan penyerapan asid lemak Omega-3.
Omega Guard™ mempunyai sedikit rasa hanyir. Untuk mengurangkan rasanya, anda boleh cuba:
Jika anda dijadualkan menjalani pembedahan, sangat penting untuk anda memberitahu doktor mengenai semua suplemen dan ubat-ubatan yang anda ambil, termasuklah minyak ikan. Mereka boleh memberi panduan khusus untuk anda berdasarkan keadaan kesihatan dan jenis pembedahan yang bakal anda jalani.
Purata pengambilan harian asid lemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Bahkan pengambilan asid lemak Omega-3 penduduk dunia juga di bawah paras yang diperlukan. Mengambil suplemen asid lemak Omega-3 boleh membantu merapatkan jurang ini, khususnya bagi mereka yang kurang makan ikan atau perlu mematuhi beberapa sekatan diet.
Rujukan: