Tunjukkan
Untuk
 

 

Sustained Release Vita-C Plus™
Formula Sustained Release Vita-C Plus™ mengandungi 500mg Vitamin C setiap tablet. Semulajadi tanpa pewarna, perisa tiruan dan pengawet.

Saranan penggunaan: Untuk dewasa s...
Baca Lebih Lanjut
Kod Produk: 10104
Harga Pengedar:
RM92.00
Harga Runcit:
RM115.00

Sustained Release Vita-C Plus

Jangan bazirkan Vitamin C anda!

Shaklee SRC mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam untuk penggunaan optima.
Diperkayakan dengan Bioflavonoid dan Hesperidin untuk mengoptimumkan fungsi dan penyerapan Vitamin C.

Keistimewaan Shaklee

3 Sebab untuk Memilih Vitamin C Kami

Sebab #1: Keberkesanan Sistem Pelepasan Berperingkat Vita-C Plus

Sustained Release Vita-C Plus™ dirumus khas dapat melepaskan nutrien secara berperingkat dalam tempoh 5 jam untuk memastikan Vitamin C sentiasa tersedia di dalam badan anda.

Vita-C Plus™ Sustained Release System

Sebab #2: Dikuasakan oleh Formula 3 Aksi

Formula Sustained Release Vita-C Plus™ juga lengkap dengan Hesperidin serta 120mg Kompleks Bioflavonoid Sitrus daripada lemon, oren dan limau gedang untuk meningkatkan fungsi penyerapan dan sokongan antioksida.

Citrus Bioflavonoids

Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air penting yang mempunyai pelbagai fungsi untuk badan anda termasuk fungsi utama sebagai antioksida.

Bioflavonoid Sitrus

Buah-buahan sitrus padat dengan sebatian bermanfaat yang dikenali sebagai flavonoid. Sebatian ini bertindak seperti pahlawan kecil dalam badan anda, membantu melawan kerosakan dan menyokong kesihatan anda terutamanya kesihatan jantung.

Hesperidin

Hesperidin adalah sebatian semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti buah oren dan limau. Hesperidin dapat membantu melawan radikal bebas (molekul berbahaya di dalam badan anda) dan melegakan keradangan yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

Sebab #3: Semulajadi dan Bebas Pengawet

Vita-C Plus™ Sustained Release System

Vitamin C untuk menyokong keperluan harian anda.

Vita-C Plus™ Sustained Release System

Cara selamat untuk meningkatkan kesihatan anda.

Apa yang terkandung dalam setiap tablet?

Soalan Lazim

Persoalan Anda Mengenai Vitamin C, Terjawab!

Vitamin C dianggap sebagai vitamin yang serba boleh kerana pelbagai manfaat yang mengagumkan. Di sini, kami memberikan jawapan terhadap soalan-soalan yang mungkin ditanya mengenai nutrient terbaik ini yang menyokong dalam kesihatan badan.

Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet.

Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release System dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan.

Kandungan vitamin C dalam buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen.

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik. Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta sensitif pada perut.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/hari. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari.

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.

Vitamin C boleh didapati dengan banyak dalam sel darah putih – salah satu daripada sel imun kita. Antara peranannya adalah untuk menyokong dan merangsang perlindungan imun. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen vitamin C secara berkala mengalami tempoh selesema yang lebih pendek dengan simptom yang lebih ringan. Bagaimanapun, kemungkinan untuk ia mencegah anda daripada mendapat selesema adalah rendah2,3. Oleh kerana vitamin C selamat diambil setiap hari dalam jangka masa panjang, ada baiknya anda memulakan pengambilan vitamin C minimum 500mg setiap hari untuk merangsang perlindungan imun anda.

Ya. Perokok menggunakan vitamin C di dalam badannya pada kadar yang lebih cepat, berbanding dengan bukan perokok. Satu kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap vitamin C yang sangat rendah di dalam badan mereka3 manakala kajian lain pula mendapati individu yang mengalami kekurangan vitamin C berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru1. Oleh itu, suplemen vitamin C sangat disarankan kepada perokok dan mereka yang tinggal bersama perokok.

 

Rujukan:

  1. Ascorbic Acid (Vitamin C). 2005. Recommended Nutrient Intake for Malaysia 2005. Pg: 107 – 109.
  2. Harri Hemilä. 2017. Vitamin C and Infections. Nutrients. 9(4), 339; https://doi.org/10.3390/nu9040339
  3. Carr AC, Maggini S. Vitamin C and Immune Function. Nutrients. 2017 Nov 3;9(11):1211. doi: 10.3390/nu9111211. PMID: 29099763; PMCID: PMC5707683.
  4. Smith JL, Hodges RE. Serum levels of vitamin C in relation to dietary and supplemental intake of vitamin C in smokers and nonsmokers. Ann N Y Acad Sci. 1987;498:144-52. doi: 10.1111/j.1749-6632.1987.tb23758.x. PMID: 3475996.