Dibuktikan secara klinikal dapat mengurangkan kedutan dengan serta-merta,
formula anti-penuaan ini didatangkan bersama bola keluli anti-karat untuk menyokong penghasilan kolagen
untuk rejuvenasi jangka panjang sambil melembapkan, mencerahkan, menambah baik tekstur dan tona kulit
serta mengurangkan sembap dan lingkaran gelap dengan kuasa bahan botani dan antioksidan.
Tanpa Paraben
Tanpa Ftalat
Tanpa Sulfat
Vegan
Bukan GMO
Mengurangkan lingkaran gelap dan menyokong pencerahan bahagian kulit di sekitar mata.
Mengurangkan lingkaran gelap dan menyokong pencerahan bahagian kulit di sekitar mata.
Mengurangkan sembap di bawah mata dan menyokong penampilan yang lebih muda secara keseluruhan.
Miliki kulit lebih anjal pada sekitar mata, hujung mata dan bahagian kening.
Mengekalkan kelembapan serta mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan.
Terbukti dapat mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan seawal 15 minit dan bertahan hingga beberapa jam1. Kesan ketara dengan penggunaan harian yang berterusan.
Bahan botani semula jadi membantu mengekalkan kelembapan, menambah baik tona dan tekstur kulit di sekitar mata.
1. Dibuktikan dalam ujian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis halus
dan kedutan seawal 15 minit selepas aplikasi dan bertahan selama lebih daripada 4 jam.
Formula pelbagai fungsi yang menyasarkan penampilan garis halus,
penguraian kolagen dan dehidrasi untuk menambah baik keremajaan kulit.
Alami pengurangan garis halus dan kedutan seawal 15 minit!
Membantu melambatkan penguraian kolagen dan elastin.
Membantu melindungi dan membaiki DNA sel di dalam kulit.
Menyerlahkan ketegangan kulit dengan menyokong penghasilan kolagen.
Membantu menghidrat dan mengekalkan kelembapan.
Membantu mengurangkan sembap pada bawah mata.
Membaiki lapisan lipid kulit untuk mengekalkan kelembapan dan menambah baik tona serta tekstur kulit.
Mencerahkan kawasan bawah mata.
Membantu mengurangkan kehadiran lingkaran gelap.
100%
menunjukkan peningkatan keanjalan kulit selepas 15 minit aplikasi pertama.
100%
menunjukkan peningkatan keanjalan kulit yang lebih ketara selepas 28 hari.
91%
menunjukkan pengurangan penampilan kedutan di sekitar mata selepas 28 hari.
*Hasil diperolehi daripada kajian klinikal dengan 30 peserta yang menggunakan YOUTH Ageless™ Smoothing Wand Serum untuk Mata dua kali sehari selama 28 hari.
Pam Smoothing Wand Serum secara mencukupi pada kedua-dua belah mata. Sapukan pada kulit yang bersih dan kering.
Dengan tekanan sederhana, urutkan wand secara melintang dan menegak pada keseluruhan kulit sekitar mata: bawah mata, sisi mata dan sepanjang garisan bulu kening.
Biarkan serum kering dan teruskan rutin penjagaan kulit dan solekan anda.
Untuk kesan terbaik, gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur. Tutup semula selepas setiap penggunaan.
Nota: Jangan sapu pada kelopak mata. Jika serum terkena mata, bilas dengan air suam.
The YOUTH Ageless™ Smoothing Wand Serum untuk Mata menangani penyebab utama berlakunya kedutan dengan formulasi peptida untuk mengurangkan garis halus. Polifenol yang sedang dipatenkan menyokong penghasilan kolagen manakala bahan botani pula menghidratkan kulit.
Sesuai untuk semua peringkat umur. Sesiapa sahaja yang mahu mengurangkan penampilan garisan halus dan kedutan, kedutan pada sisi mata, mata sembap dan perubahan warna pada bawah mata. Ia juga sesuai untuk mengekalkan keremajaan kulit dan mengelakkan kehadiran tanda-tanda penuaan pramatang.
Kedua-duanya telah diuji secara klinikal. Satu kajian klinikal telah dijalankan hanya untuk Campuran Peptida Power8 dan satu lagi kajian klinikal juga telah dijalankan ke atas YOUTH Ageless™ Smoothing Wand Serum untuk Mata.
Peserta kajian meneruskan rutin pembersihan biasa mereka sepanjang kajian. 48 jam sebelum kajian bermula, mereka diminta berhenti menggunakan produk yang disapu pada muka. Tiada produk baru ditambah dalam rutin penjagaan kulit mereka sepanjang tempoh kajian.
Wand serum mata mengandungi fermentasi air mawar dan asid glikolik (AHA) untuk mengurangkan kehadiran lingkaran gelap, derivatif vitamin C untuk mencerahkan bahagian bawah mata dan kafein untuk mengurangkan sembap mata.
Campuran 8 peptida unik yang telah diuji secara klinikal membentuk 25% daripada formula ini.
Bebola tersebut diperbuat daripada keluli tahan karat dan mempunyai ciri-ciri yang menjadikannya antimikrob. Ia membantu menyokong peredaran semula jadi untuk mengurangkan sembap melalui pergerakan bebola untuk menegangkan dan membentuk kontur muka serta meredakan dan melegakan kulit.
Ya.
Kod Produk: 11066