Tentang Kami

100 Years of Innovation

KISAH KAMI

Komitmen Dr. Forrest C. Shaklee untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu. Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang jantung kepada semua yang kami lakukan. Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, kami telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Dan kami boleh membuktikannya.

Dr. Forest

 

“ Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”

 

Dr. Forrest C. Shaklee
Pengasas, Shaklee Corporation.

 

Shaklee.
Di Mana Kesihatan Bertemu Sains Bertemu Alam Semula Jadi.

 

Keistimewaan Shaklee

Selamat:
Produk kami menjalani proses saringan yang melangkaui piawaian ditetapkan oleh Pharmacopeia Amerika Syarikat.

Terbukti:
Produk kami disokong oleh 100+ paten dan paten yang sedang diproses serta 100+ kertas saintifik yang telah diterbitkan.

Berkesan:
Produk kami mengubah kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet Pure Performance Shaklee kelas dunia sehingga ke angkasawan NASA. Dan ia dibuktikan oleh orang seperti anda dan saya.

 
 

MEMBUKTIKAN SHAKLEE MEMANG BERKESAN

Dua Kajian, Hasil Terbukti Sepanjang Hayat

 

Kajian Landmark terdiri daripada pelbagai kajian pertama, yang melihat secara menyeluruh kesan penggunaan jangka masa panjang pelbagai suplemen terhadap kesihatan. Dua kajian itu, yang dijalankan bersama University of California, Berkeley (2005) dan, kemudiannya, Tufts University (2015), membandingkan pengguna jangka masa panjang suplemen Shaklee dengan kumpulan kawalan terdiri daripada orang dewasa Amerika Syarikat yang sama ada tidak mengambil suplemen atau mengambil dua atau kurang suplemen.

Dalam kajian pertama, mereka yang dalam kumpulan Shaklee mempunyai penanda biologi yang lebih sihat dan paras nutrien darah yang lebih tinggi.* Perbezaan ini secara amnya berterusan melebihi 10 tahun antara dua kajian tersebut. Penemuan tambahan daripada kajian susulan selama 10 tahun pula termasuklah penggunaan ubat yang lebih rendah dalam kumpulan Shaklee, yang kini berusia dengan purata 72 tahun.

Ketahui lebih lanjut mengenai Kajian Kesihatan Landmark dalam Kajian Landmark Landmark study arrow

 

32%

Lebih Rendah Tahap Trigliserida, penanda biologi yang penting untuk kesihatan jantung.*

13%

Lebih Rendah Tahap Homocystein, penunjuk kesihatan otak dan kognitif.*

36%

Lebih Rendah Protein C-Reaktif, penanda biologi utama untuk tekanan biologi jangka panjang.*

32%

Lebih Tinggi HDL, kolesterol “baik” yang dikaitkan dengan kadar penyakit jantung yang lebih rendah.*

Telomere Lebih Panjang untuk Hidup Lebih Lama dan Sihat

 

Ahli Lembaga Penasihat Saintifik Shaklee Dr. Elizabeth Blackburn adalah pemenang Hadiah Nobel dalam perubatan dan dianggap sebagai individu terpenting dalam sains telomere. Telomere adalah pelindung menghujung DNA yang terletak pada penghujung kromosom. Telomere kita akan semakin memendek dan kepanjangan telomere dianggap sebagai penentu kesihatan secara menyeluruh. Melalui kerjasama dengan Dr. Blackburn, kami telah membuktikan bahawa pengambilan pelbagai suplemen Shaklee untuk jangka panjang membantu memperlahankan pemendekan telomere sebanyak 57% dalam kalangan orang dewasa berbanding dengan kumpulan kawalan yang sihat.

 

57%

Kadar Pemendekan Telomere
Telomere yang lebih pendek dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan