Potongan sehingga 25% daripada Harga Runcit
5-21% bonus daripada pembelian anda*
Dapatkan Potongan RM30!*
Dapatkan pemeriksaan Percuma Komposisi Badan, Kesihatan Tulang dan Kulit
Dapatkan akses kepada Latihan Kesihatan & Kesejahteraan, sumber maklumat dan banyak lagi!
Sertai saluran Telegram, Facebook, Instagram dan YouTube kami untuk makluman terkini
*Tertakluk pada terma dan syarat.

Pendaftaran percuma dengan pembelian produk Shaklee minimum 100UV (kira-kira RM350)!
Daftar sekarang dengan hanya RM35 dan nikmati ganjaran yang sama!
YA! Saya ingin sertai Shaklee dan dapat manfaat sebagai Pengedar Sah Shaklee.
Nama pengguna log masuk baharu anda telah dibuat: #sid#
Perjanjian Pesanan dalam talian
Jualan Produk
Jaminan Shaklee
Pemulangan Inventori dan Perletakan Jawatan
Polisi Pemulangan Produk – Produk Rosak
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pesanan anda, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di customerinquiry@shaklee.com atau hubungi 03-56223188.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dengan versi bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Akta’) yang berkuatkuasa pada 15hb November 2013, Shaklee akan memastikan kami mematuhi Akta ini. Berdasarkan keperluan Akta, kami dengan ini mengeluarkan Notis ini kepada semua Pengedar yang memperincikan pengurusan data peribadi anda yang diambil sebelum ini.
Anda boleh melihat Dasar Privasi penuh kami di Shaklee.com.my - Privasi Polisi untuk maklumat yang lebih terperinci. Di bawah ialah ringkasan klausa utama, tetapi untuk maklumat lengkap, sila rujuk Dasar Privasi kami.
1 DATA PERIBADI SEDIA ADA
Shaklee akan memproses data peribadi anda yang tertera, tetapi tidak terhad seperti, di bawah, yang diberikan oleh anda kepada Shaklee untuk semakan lanjut transaksi jualan langsung anda.
Nama, Perincian tugas (jawatan, syarikat) dsb.
Umur, jantina, tarikh lahir, nombor MyCard, dsb.
Bangsa, kewarganegaraan, dsb.
Maklumat perhubungan, alamat, nombor telefon, alamat emel, dsb.
Status perkahwinan, maklumat keluarga (maklumat anak dan pasangan).
Gambar foto yang diberikan kepada Shaklee dan/atau diambil semasa majlis rasmi syarikat, dsb.
Pendaftaran syarikat, maklumat akaun bank, dsb.
(yang kemudiannya dirujuk sebagai ‘data peribadi’ secara kolektif)
2 PENGGUNAAN DATA
Shaklee akan mengguna dan/atau memproses data peribadi, antara lainnya, untuk sebab-sebab berikut.
Memaklumkan promosi baru, insentif, pengumuman, dsb.
Penyampaian produk.
Pembayaran komisen diperoleh.
Majlis, konvensyen, persidangan, pengiktirafan, dsb.
Pengisytiharan selaras dengan Peraturan Kerajaan, dsb.
3 PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Shaklee akan memastikan data peribadi anda sulit dan tidak didedahkan untuk sebarang tujuan selain daripada semasa ia diambil. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, data peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan atau tertakluk dalam Akta.
4 KESELAMATAN
Shaklee akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan selamat, sebagaimana yang boleh dilaksanakan, selaras dengan undang-undang dan peraturan berkaitan untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang tidak sah atau menyalahi undang-undang termasuklah kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak sah atau tidak disengajakan, pindaan atau kemusnahan.
5 PENGEKALAN DATA
Data peribadi yang diproses tidak akan disimpan melebihi tempoh setelah penamatan kontrak / perjanjian antara anda dengan Shaklee. Shaklee akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadam selama-lamanya jika ia tidak lagi diperlukan melainkan tujuan asal ia diproses.
6 AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA
Jika anda ingin mengakses, membuat sebarang pertanyaan atau meminda data peribadi, anda boleh berbuat demikian di Pusat Perniagaan Dalam Talian Shaklee dan /atau menghubungi mana-mana Wakil Khidmat Pelanggan Shaklee di Ibu Pejabat dan/atau cawangan berdekatan anda (menggunakan maklumat perhubungan tertera di http://www.shaklee.com.my) dari semasa ke semasa. Permohonan mengakses atau membetulkan data peribadi akan dikenakan bayaran.
Penjagaan kulit YOUTHTM menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal.
Boleh didapati secara eksklusif dari Shaklee, setiap produk YOUTHTM adalah bersumberkan bahan-bahan semulajadi terbaik, yang telah diuji, dan diformulasikan untuk anda. Jadi anda boleh berasa tenang dan yakin untuk menggunakannya.


Memanfaatkan kuasa botanikal, dengan lapan paten dan paten-diproses, setiap produk YOUTHTM diformulasi secara spesifik untuk berfungsi pada peringkat selular kulit anda
MUSCADINE GRAPE
Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses paten melindungi dan memperbaiki DNA sel dan dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
LOTUS JAPONICUS
YOUTH Complex yang dalam proses paten, digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein youth yang penting untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.
APPLE STEM CELL EXTRACT
Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit sambil mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan berseri dan lembut.
SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT
Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.
VITAL REPAIR+® COMPLEX
Vital Repair Complex+® yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.
Dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta.
Indeks Usia Kulit telah membuktikan kesan YOUTHTM pada penampilan dan usia kulit. Keputusannya adalah luar biasa.
Ya. 100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda.



