• EN
  • BM
  • 中文
Khidmat Pelanggan: 1 300 88 3188
CS: 1 300 88 3188
 
SERTAI SEKARANG!  |  LOG MASUK
SERTAI SEKARANG!  |  LOG MASUK
Anda Pengedar Bebas Shaklee?  
True Wellness

Sertai Kami
&

Nikmati Manfaat Ini

Instant Save

Potongan sehingga 25% daripada Harga Runcit

Earn Income

5-21% bonus daripada pembelian anda*

Exclusive Perks

Dapatkan Potongan RM30!*

Shaklee Cares

Dapatkan pemeriksaan Percuma Komposisi Badan, Kesihatan Tulang dan Kulit

Learn About Health

Dapatkan akses kepada Latihan Kesihatan & Kesejahteraan, sumber maklumat dan banyak lagi!

Join Our Community

Sertai saluran Telegram, Facebook, Instagram dan YouTube kami untuk makluman terkini

*Tertakluk pada terma dan syarat.

True Wellness

CARA UNTUK SERTAI

Penyertaan PERCUMA

Pendaftaran percuma dengan pembelian produk Shaklee minimum 100UV (kira-kira RM350)!

ATAU

Penyertaan dengan RM35

Daftar sekarang dengan hanya RM35 dan nikmati ganjaran yang sama!

tick YA! Saya ingin sertai Shaklee dan dapat manfaat sebagai Pengedar Sah Shaklee.

Nama Penuh:
(seperti dalam MyKad)
 
Nama diperlukan
E-mel:
 
Alamat E-mel tidak sah.
No. Telefon Bimbit:
 
Sila masukkan nombor telefon bimbit yang sah
SMS OTP:
 
OTP tidak sah
Kata Laluan:
 
Kata laluan mesti mengandungi minimum lapan dan maksimum 15 aksara, termasuk huruf, angka, dan aksara khas di atas papan kekunci standard A.S. (!, @, #, $, %, ^, &, *, dsb).
Sahkan Kata Laluan:
 
Kata laluan pengesahan tidak sepadan.
 
Pencadang
/Penaja Pilihan Saya (pilihan):
Sekiranya saya tidak mempunyai Pencadang/Penaja. Saya faham seorang Pengedar Sah Shaklee akan dilantik sebagai penaja dan upline saya untuk bantu saya mendapatkan maklumat produk dan segala transaksi Shaklee saya.
 
Sila masukkan nilai yang sah
 

  1. Membenarkan data peribadi saya diproses oleh Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd bertepatan dengan Notis Perlindungan Data Peribadi yang telah ditetapkan dalam Dasar Privasi.
  2. Perjanjian Daftar Masuk Kali Pertama
  3. Perjanjian Pesanan Dalam Talian
 
Sila terima syarat untuk meneruskan.

Masa Hadapan Kesejahteraan Anda Bermula Hari Ini

Tahniah

Tahniah atas pendaftaran anda, sila semak e-mel atau SMS anda untuk maklumat Log Masuk.

Nama pengguna log masuk baharu anda telah dibuat: #sid#

Perjanjian Daftar Masuk Kali-Pertama

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN - Anda mestilah seorang warganegara Malaysia atau berstatus Penduduk Tetap, dan berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pengedar boleh memohon secara individu atau bersama pasangan. Pasangan tidak boleh mendaftar Keahlian yang berasingan.

NOMBOR ID - No. ID Shaklee anda hendaklah digunakan untuk semua urusan komunikasi dengan Shaklee Products (Malaysia) Sdn. Bhd., termasuk urusan penajaan.

PENAJAAN - Saya/Kami bersetuju dengan penaja yang ditetapkan oleh Shaklee Products (Malaysia) dan mematuhi:
1) Penyata hak-hak & tanggungjawab Shaklee di bawah Seksyen 2 menjadi seorang Pengedar.
2) Seksyen 7 berkenaan pengelolaan organisasi baharu dan penamatan.

PENGEDARAN DAN PENJUALAN PRODUK - Pemohon yang diluluskan boleh menggelar diri mereka Pengedar Bebas Shaklee dan dibenarkan untuk menjual produk Shaklee kepada orang lain. Oleh kerana Shaklee merupakan sebuah syarikat pemasaran rangkaian, para Pengedar tidak boleh menjual produk Shaklee secara langsung atau tidak langsung kepada atau daripada kedai atau premis runcit.

AMALAN DAN DAKWAAN YANG TIDAK DIBENARKAN - Para Pengedar tidak dibenarkan untuk membuat dakwaan yang tidak wajar mengenai produk Shaklee atau Pelan Pampasan yang bertentangan dengan bahan risalah yang diterbitkan oleh Shaklee. Para Pengedar Shaklee disarankan mematuhi undang-undang Malaysia, Kod Etika Tatalaku Shaklee serta Penyata Keistimewaan dan Tanggungjawab Shaklee. Shaklee berhak untuk mengambil tindakan pembetulan ke atas Pengedar yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, yang mungkin termasuk penggantungan perniagaan, penahanan pembayaran bonus, jemputan untuk lawatan insentif, dan/atau penamatan Pengedaran.

STATUS KONTRAKTOR BEBAS  Para Pengedar ialah Kontraktor Bebas. Para Pengedar bukanlah pekerja, wakil sah atau ejen Shaklee, atau pemegang Keahlian Bebas Shaklee yang lain. Oleh yang demikian, para Pengedar tidak akan menerima layanan sebagai pekerja bagi tujuan peruntukan cukai pendapatan, undang-undang buruh atau sebarang undang-undang lain yang melindungi para pekerja.

PERJANJIAN  Pelan Pampasan, Panduan Perniagaan, P&R Shaklee dan lain-lain bahan terbitan Shaklee adalah membentuk sebahagian daripada perjanjian ini. Saya/Kami mengaku telah menerima Panduan Perniagaan Shaklee dan bahan-bahan terbitan Shaklee yang lain yang dinyatakan di sini sebagai rujukan, dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat dalam semua bahan penerbitan ini.

PEMBATALAN PERJANJIAN  Saya/Kami boleh memilih untuk membatalkan perjanjian ini dengan memaklumkan kepada Shaklee secara bertulis dalam tempoh tidak kurang dari sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Pembayaran semula yuran keahlian akan dibuat selepas pembatalan keahlian saya/kami, tertakluk kepada pemulangan Kit Permulaan dan bahan penerbitan berkaitan Shaklee yang lain. Saya/Kami bersetuju bahawa pembayaran balik yuran tidak terpakai atas sebarang promosi pendaftaran percuma.

PEMBAHARUAN TAHUNAN  Jika Pengedar tidak melakukan sebarang pembaharuan pengedaran dalam satu tahun, Pengedar dianggap telah berhenti sebagai pengedar dan Pengedar akan secara automatik ditamatkan tahap pengedarannya kecuali Pengedar Shaklee memberitahu secara bertulis bahawa saya / kami ingin kekal aktif.

UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR  Keahlian akan ditadbir berdasarkan Undang-Undang Malaysia. Saya/Kami mengaku akan mematuhi semua undang-undang, syarat dan peraturan Malaysia yang relevan dengan Keahlian saya/kami termasuk peruntukan di bawah Akta Jualan Langsung 1993, seperti yang tertera dalam Panduan Perniagaan, dan akan melindungi Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd daripada sebarang akibat pelanggaran perjanjian ini oleh saya/kami, jika berbangkit.



NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai 'Akta') yang berkuatkuasa pada 15hb November 2013, Shaklee akan memastikan kami mematuhi Akta ini. Berdasarkan keperluan Akta, kami dengan ini mengeluarkan Notis ini kepada semua Pengedar yang memperincikan pengurusan data peribadi anda yang diambil sebelum ini.

1 DATA PERIBADI SEDIA ADA
Shaklee akan memproses data peribadi anda yang tertera, tetapi tidak terhad seperti, di bawah, yang diberikan oleh anda kepada Shaklee untuk semakan lanjut transaksi jualan langsung anda.
  • Nama, Perincian tugas (jawatan, syarikat) dsb
  • Umur, jantina, tarikh lahir, nombor MyCard, dsb
  • Bangsa, kewarganegaraan, dsb
  • Maklumat perhubungan, alamat, nombor telefon, alamat emel, dsb
  • Status perkahwinan, maklumat keluarga (maklumat anak dan pasangan)
  • Gambar foto yang diberikan kepada Shaklee dan/atau diambil semasa majlis rasmi syarikat, dsb
  • Pendaftaran syarikat, maklumat akaun bank, dsb
(yang kemudiannya dirujuk sebagai `data peribadi` secara kolektif)

2 PENGGUNAAN DATA
Shaklee akan mengguna dan/atau memproses data peribadi, antara lainnya, untuk sebab-sebab berikut.
  • Memaklumkan promosi baru, insentif, pengumuman, dsb
  • Penyampaian produk
  • Pembayaran komisen diperoleh.
  • Majlis, konvensyen, persidangan, pengiktirafan, dsb
  • Pengisytiharan selaras dengan Peraturan Kerajaan, dsb
3 PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Shaklee akan memastikan data peribadi anda sulit dan tidak didedahkan untuk sebarang tujuan selain daripada semasa ia diambil. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, data peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan atau tertakluk dalam Akta.

4 KESELAMATAN
Shaklee akan menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan selamat, sebagaimana yang boleh dilaksanakan, selaras dengan undang-undang dan peraturan berkaitan untuk menghalang pemprosesan data peribadi yang tidak sah atau menyalahi undang-undang termasuklah kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak sah atau tidak disengajakan, pindaan atau kemusnahan.

5 PENGEKALAN DATA
Data peribadi yang diproses tidak akan disimpan melebihi tempoh setelah penamatan kontrak / perjanjian antara anda dengan Shaklee. Shaklee akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadam selama-lamanya jika ia tidak lagi diperlukan melainkan tujuan asal ia diproses.

6 AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA
Jika anda ingin mengakses, membuat sebarang pertanyaan atau meminda data peribadi, anda boleh berbuat demikian di Pusat Perniagaan Dalam Talian Shaklee dan /atau menghubungi mana-mana Wakil Khidmat Pelanggan Shaklee di Ibu Pejabat dan/atau cawangan berdekatan anda (menggunakan maklumat perhubungan tertera di http://www.shaklee.com.my) dari semasa ke semasa. Permohonan mengakses atau membetulkan data peribadi akan dikenakan bayaran.

Perjanjian Pesanan dalam talian

Perjanjian Pesanan dalam talian


Jualan Produk

  1. Anda perlu memastikan serta mengesahkan produk dan kuantiti yang dipesan, kaedah pembayaran, cara penghantaran dan alamat penghantaran yang dipilih oleh anda adalah betul mengikut pengesahan pesanan.
  2. Semasa mengesahkan pesanan, anda perlu membenarkan syarikat untuk mengecaj kad kredit/debit anda untuk pembayaran pesanan yang dibuat, jika anda memilih kad kredit sebagai cara pembayaran anda.
  3. Anda bersetuju untuk membayar caj penghantaran sebanyak RM10 sekiranya jumlah pembelian anda kurang daripada RM300. Anda juga tahu bahawa tiada caj penghantaran dikenakan sekiranya jumlah pembelian anda melebihi RM300.
  4. Selepas anda mengesahkan pesanan, anda perlu bersetuju bahawa pesanan atas talian adalah tetap dan tidak boleh diubah, dipadam atau ditukar dengan produk lain.
  5. Anda telah bersetuju dengan jadual penghantaran berikut:
    1. Daerah tempatan dan kawasan bandar: anggaran 4 – 5 hari bekerja dari tarikh pesanan.
    2. Daerah luar kawasan & Sabah/Sarawak: anggaran 5 – 7 hari bekerja dari tarikh pesanan.
  6. Apabila anda menerima pesanan dari perkhidmatan kurier, pastikan anda memeriksa dan memastikan produk dan kuantiti yang dihantar adalah betul seperti yang dipesan. Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Shaklee dalam masa 2 hari bekerja sekiranya terdapat sebarang percanggahan. Segala percanggahan yang dilaporkan selepas tempoh diberikan tidak akan dilayan.
  7. Pesanan yang dihantar menerusi atas talian tidak boleh dipulangkan dan ditukar melainkan produk yang dihantar kepada anda tidak menepati pesanan yang dipinta, mempunyai masalah kualiti atau dalam keadaan yang tidak boleh dimakan/digunapakai.
  8. Semua Pengedar Bebas Shaklee bebas menjual kepada sesiapa sahaja yang bukan Pengedar Shaklee, sekalipun pelanggan itu sedang mendapat bekalan dari Pengedar Shaklee yang lain. Walau bagaimanapun, seorang Pengedar tidak mungkin menjual produk Shaklee kepada Pengedar yang ditaja di luar daripada kumpulannya.
  9. Seorang Pemimpin Perniagaan yang menjual produk kepada seorang daripada downline-nya mestilah sentiasa memastikan yang UV dan PV disertakan bersama transaksi pada bulan yang sama produk itu dibeli.

Jaminan Shaklee

  1. Jaminan Shaklee ialah satu daripada kelebihan yang anda miliki. Sebagai Pengedar Tunggal Shaklee, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memberikan Jaminan kepada pelanggan-pelanggan produk Shaklee.
  2. Apabila seorang pengguna ingin mendapatkan Jaminan Shaklee, sila pastikan beliau menandatangani resit gantian/bayaran balik dengan maklumat berikut:
    • Sebab untuk pertukaran atau bayaran balik produk;
    • Sebab untuk pertukaran atau bayaran balik produk;
    • Deskripsi produk, kuantiti, nombor lot dan saiz;
    • Nama, alamat dan nombor telefon pengguna telefon, dan
    • Tarikh pemulangan.
  3. Sebaik sahaja pelanggan menandatangani resit gantian/bayaran balik, sila berikan produk baru atau kembalikan wang yang telah dibayar.
  4. Dalam mengemukakan resit gantian/bayaran balik kepada Shaklee, sila kenal pasti nombor pesanan, sekiranya ada, pada produk yang ingin dipulangkan yang dibeli terus daripada Shaklee. Shaklee akan menggantikan produk yang baru bila anda memulangkan produk bersama resit gantian/bayaran balik.
  5. Jaminan Shaklee tidak termasuk pada campuran pelbagai unit atau kes pemulangan inventori, atau pulangan produk yang telah tamat tempoh.

Pemulangan Inventori dan Perletakan Jawatan

  1. Para pengedar boleh menamatkan Perjanjian Pengedar dengan baik secara bertulis dan keluar daripada Pelan Jualan Shaklee Malaysia pada bila-bila masa sahaja. Mana-mana Pengedar yang mempertimbangkan pilihan ini perlu terlebih dahulu berunding dengan Pemimpin Jualan atasan (upline) beliau juga Khidmat Pelanggan Shaklee untuk mendapatkan nasihat tentang hak-hak serta tanggungjawab berkenaan dengan perletakan jawatan tersebut.
  2. Setelah Shaklee menerima peletakan jawatan anda sebagai Pengedar, Shaklee akan membeli semula sebarang inventori yang ada dalam milikan anda pada 90% daripada harga pembelian asal. Walau bagaimanapun, Shaklee berhak untuk menolak sebarang jumlah yang telah dibayar kepada anda berkaitan dengan transaksi ini, serta sebarang pengurangan dalam nilai barang yang dipulangkan. Ini termasuk sebarang bonus yang telah dibayar atau yang perlu dibayar kepada anda, yang juga akan ditolak daripada jumlah pembelian semula.
  3. Produk yang dipulangkan mestilah berada dalam keadaan yang masih boleh dijual (produk yang tidak boleh dijual tidak akan diterima), dan mestilah dibeli daripada Shaklee ataupun upline dan dalam tempoh enam puluh (60) hari.
  4. Permintaan untuk memulangkan produk mestilah dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Pengedar meletakkan jawatan. Anda tidak boleh memulangkan inventori sebelum diberitahu oleh pihak Shaklee untuk berbuat demikian, Shaklee boleh memberi arahan tambahan. Melainkan Shaklee menyarankan anda berbuat sebaliknya, anda mestilah mengatur dan membayar segala caj penghantaran bagi pemulangan produk tersebut.

Polisi Pemulangan Produk – Produk Rosak

  1. Produk HANYA dibenar untuk dipulangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
    1. Isu Kualiti yang disebabkan oleh kecacatan pengilangan berdasarkan spesifikasi tertentu yang ditetapkan oleh Syarikat, ATAU
    2. Produk yang rosak (seperti kemek, bocor, pecah dan sebagainya) semasa proses penghantaran , di mana ia perlu dilaporkan kepada Khidmat Pelanggan Shaklee dalam 2 hari waktu bekerja dari tarikh resit, kecuali
      • Kecacatan produk yang disebabkan oleh kecuaian, pengendalian yang tidak betul atau penyimpanan yang tidak baik oleh pengedar/pelanggan.
      • Produk yang tamat tempoh.
  2. Produk yang dikembalikan mestilah dalam bungkusan asal dengan kandungannya tidak kurang daripada 80% daripada bungkusan asal.
  3. Shaklee hanya akan menerima kembali produk yang telah dibeli dalalm tempoh 14 hari dari tarikh pembelian. Semua pemulangan produk mestilah disertakan dengan Resit asal Shaklee atau slip bungkusan lengkap dengan borang pertukaran/pemulangan produk dengan maklumat berikut:
    1. Sebab pertukaran.
    2. Deskripsi barang, kuantiti, nombor lot.
    3. Nilai harga produk yang dikembalikan.
    4. Nama, alamat dan nombor telefon untuk menghubungi pelanggan.
    5. Tarikh produk dikembalikan.
  4. Pemulangan wang tunai TIDAK dibenarkan. Produk rosak akan ditukar dengan produk yang sama nilai, atau nilai lebih tinggi di mana anda perlu membuat bayaran tambahan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai pesanan anda, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di customerinquiry@shaklee.com atau hubungi 03-56223188.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dengan versi bahasa Inggeris, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Khidmat Pelanggan
Terima kasih kerana menghubungi Shaklee Malaysia.
Wakil Khidmat Pelanggan kami akan membalas pertanyaan anda selewatnya pada keesokan hari bekerja.

TELEFON: 1 300 88 3188
WhatsApp : 013-657 7651
EMAIL: customerinquiry@shaklee.com
ALAMAT: Level 1 and 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
BORANG PERTANYAAN
Nama:
 
Telefon:
 
Email:
 
Perkara:
 
Mesej
 

Khidmat Pelanggan

Terima kasih kerana menghubungi Shaklee Malaysia. Wakil Khidmat Pelanggan kami akan membalas pertanyaan anda selewatnya pada keesokan hari bekerja.
Shaklee
 
  • LAMAN UTAMA
  • BELI-BELAH
  • TENTANG
    TENTANG KAMI CAWANGAN Cawangan Ibu Pejabat SYARIKAT Inovasi 100 Tahun Keistimewaan Shaklee HIDUP TANPA KOMPROMI Hidup Tanpa Kompromi Kajian Landmark Kajian Telemore Pusat Sumber Kesihatan Berdamai dengan Alam
  • MENJADI PENGEDAR
  • PUSAT SUMBER
    Laman mikro Artikel Video Lawatan Insentif Shaklee Galeri Pengiktirafan
  • BERITA
  • Bukan Ahli
    Cari Pengedar Anda Jejak Bungkusan Saya

  • LAMAN UTAMA
  • TENTANG
    TENTANG KAMI CAWANGAN Cawangan Ibu Pejabat SYARIKAT Inovasi 100 Tahun Keistimewaan Shaklee HIDUP TANPA KOMPROMI Hidup Tanpa Kompromi Kajian Landmark Kajian Telemore Pusat Sumber Kesihatan Berdamai dengan Alam
  • MENJADI PENGEDAR
  • PUSAT SUMBER
    Laman mikro Artikel Video Lawatan Insentif Shaklee Galeri Pengiktirafan
  • BERITA
  • Bukan Ahli
    Cari Pengedar Anda Jejak Bungkusan Saya
  • BELI-BELAH
  • NUTRISI
    Produk Terlaris ResV-vix Set Solusi
    Membeli-belah Mengikut
    Bahan Kandungan
    Kalsium Koenzim Q10 Kolagen Minyak ikan Leusina Multivitamin Polifenol Protein Vitamin A Vitamin B Vitamin C Vitamin D Vitamin E
    Solusi Kesihatan Tulang dan Sendi Tenaga Kesihatan Mata Asas Kesihatan Usia Emas untuk Wanita Usia Emas untuk Lelaki Kesihatan Jantung Penghidratan Imunisasi Kecantikan Dalaman Kesihatan Hati dan Pencernaan Kesihatan Kaum Lelaki Tekanan dan Emosi Kesihatan Kaum Wanita
  • PENGURUSAN BERAT BADAN
    Cinch Detoks dan Bersih
  • IBU & ANAK
    Persediaan Kehamilan Solusi Pranatal Solusi Posnatal Kanak-Kanak
  • KECANTIKAN
    Penjagaan Kulit Ageless Wand Pomifera Youth Penjagaan Diri
  • KEDIAMAN
    Penjagaan Rumah Penjagaan Kain Cucian Penapis Air Barangan Shaklee Aksesori Bekas Minuman/Makanan Beg Go Green Bahan Bantuan Jualan

  1. Laman Utama
  2. TENTANG


  • Kenali Shaklee
  • Tentang Kami
  • Menjadi Pengedar
  • Manfaat Pengedar Shaklee
  • Sokongan
  • Khidmat Pelanggan
  • Cawangan
  • Polisi Privasi
  • Hal Ehwal Perundangan
  • Report Product Overclaims
  • Sertai saluran Telegram kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
  • Ikuti Kami:

REPORT PRODUCT OVERCLAIMS FORM

Shaklee products are registered and approved for sale by National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).
They are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Type of Overclaim:
 
What Shaklee products:
 
Date of overclaim:
 
Proof (URL):
 
Proof (Attachement):
(Format: JPEG/PNG/PDF less than 2Mb)
 
Proof (info/contacts/lead):

Please provide your contact info should Shaklee wish to contact you (optional). Your information shall be kept strictly confidential.

Name:
 
Mobile:
 
Email:
 
SID No.:

REPORT PRODUCT OVERCLAIMS FORM

Thank you for your report. At Shaklee, we are committed to doing what's right.

©2025 Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd AJL 93747 Company No. 199401015607 (301287-T). All Rights Reserved.

Region Selector
Malaysia
  • US
  • Japan
  • China
  • Taiwan

DSAM   DSA Code of ethics