Dengan menggunakan laman web ini ("Laman Web Shaklee"), maka anda, pengguna atau pengedar mengikut mana yang berkenaan, ("anda") bersetuju untuk terikat dengan versi semasa syarat-syarat penggunaan yang dinyatakan di sini.
Semua bahan yang terkandung di dalam Laman Web Shaklee dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain serta merupakan hak milik Shaklee Corporation, melainkan dinyatakan sebaliknya. Penggunaan bahan-bahan sedemikian tanpa dibenarkan boleh melanggar undang-undang hak cipta, cap dagang dan undang-undang lain. Anda boleh memuat turun dan mencetak bahagian bahan untuk kegunaan bukan komersil dan pemberitahuan. Salinan bahan yang dibuat hendaklah mempunyai tanda-tanda hak cipta, cap dagang atau notis proprietari lain yang terdapat di dalam Laman Web Shaklee, yang berkaitan dengan bahan yang disalin. Sebarang penjualan, pengubahsuaian, penghasilan semula, pengedaran semula, penerbitan atau penyiaran semula apa-apa maklumat dari Laman Web Shaklee, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Shaklee Corporation, adalah dilarang.
Maklumat dan perkhidmatan yang diterbitkan di Laman Web Shaklee mungkin mengandungi kesilapan tipografi atau ketidaktepatan teknikal. Maklumat boleh diubah atau dikemaskini tanpa notis. Shaklee Corporation juga boleh membuat pembaikan di dalam dan/atau perubahan kepada maklumat yang dinyatakan di dalam Laman Web Shaklee pada bila- bila masa tanpa sebarang notis. Shaklee Corporation tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau ketiadaan maklumat di dalam Laman Web Shaklee atau mana-mana laman web yang mungkin dirujuk di dalam atau dikaitkan dengan mana-mana Laman Web Shaklee. Shaklee Corporation tidak akan meneliti kesemua laman web yang mempunyai pautan dengan setiap Laman Web Shaklee dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mana-mana Laman Web tersebut. Oleh itu, Shaklee Corporation tidak membuat sebarang penyataan mengenai apa jua kandungan laman-laman web berkaitan. Hakikat bahawa Shaklee Corporation menyediakan pautan ke laman-laman web itu tidak boleh dianggap sebagai pengesahan , persetujuan, penajaan atau penggabungan oleh Shaklee Corporation dengan laman web tersebut, pemiliknya atau para pembekalnya. Shaklee Corporation menyediakan pautan itu hanya sebagai kemudahan untuk anda.
MAKLUMAT MENGENAI LAMAN WEB SHAKLEE DISEDIAKAN “SEPERTI ADANYA” TANPA SEBARANG BENTUK JAMINAN SAMA ADA YANG TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT MENGENAI KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, PELANGGARAN HAK ATAU GELARAN. SHAKLEE CORPORATION TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN MENGENAI KETEPATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, KETEPATAN WAKTU ATAU KESEMPURNAAN SEBARANG BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM ATAU YANG BOLEH DIAKSES MELALUI LAMAN WEB SHAKLEE. SEBARANG RISIKO BERIKUTAN KEBERGANTUNGAN PADA ATAU PENGGUNAAN BAHAN SEDEMIKIAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGAN ANDA SEPENUHNYA.
SHAKLEE CORPORATION TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN BAHAWA LAMAN WEB SHAKLEE AKAN TERSEDIA PADA SESUATU TEMPOH TERTENTU ATAU TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG KESILAPAN; BAHAWA KESALAHAN AKAN DIBETULKAN; ATAU BAHAWA LAMAN WEB SHAKLEE ATAU PELAYAN YANG MENJADI HOS LAMAN WEB SEDEMIKIAN ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN. SHAKLEE CORPORATION TIDAK AKAN MENANGGUNG SEBARANG LIABILITI UNTUK APA-APA KEROSAKAN SEKALIPUN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, SEBARANG JENIS KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, SUSULAN, PUNITIF, ATAU SAMPINGAN; KERUGIAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PROGRAM ATAU DATA LAIN ATAU SEBALIKNYA, SAMA ADA DISEBABKAN OLEH KONTRAK ATAU TORT, YANG TERJADI SUSULAN DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN LAMAN WEB SHAKLEE; ATAU PENGGUNAAN, KEBERGANTUNGAN KEPADA ATAU PRESTASI MANA-MANA BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM ATAU YANG BOLEH DIAKSES DARI LAMAN WEB SHAKLEE, WALAUPUN SHAKLEE CORPORATION TELAH DINASIHATKAN DENGAN JELAS MENGENAI KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKAN SEDEMIKIAN.
Kami menyediakan forum awam seperti bilik sembang, papan pesanan dan/atau kumpulan berita ("Forum Awam") kepada para pengedar kami. Pengedar tidak boleh menghantar sebarang bahan yang bersifat menyalahi undang-undang, mengganggu, mengugut, mengutuk, memfitnah, menghina, pornografi, lucah, berunsur seks atau yang melanggar sebarang undang-undang berkaitan, kepada mana-mana Forum Awam sedemikian. Pengedar tidak boleh menggunakan mana-mana Forum Awam bagi apa-apa tujuan komersil termasuk mengiklan atau mendapatkan jualan mana-mana barang atau perkhidmatan. Sebarang maklumat atau bahan yang dihantar oleh pengedar melalui Forum Awam akan dianggap sebagai bukan proprietari dan bukan sulit dan boleh diguna pakai oleh Shaklee Corporation. Kami tidak bertanggungjawab untuk menyaring, memantau atau mengesahkan kandungan sebarang bahan yang dihantar ke Forum Awam dan kami juga tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kebolehpercayaan kandungan tersebut. Shaklee Corporation tidak mengendors sebarang pendapat, kenyataan atau bahan lain yang dimuat naik di dalam atau yang boleh diakses melalui mana-mana Forum Awam.
Bahan-bahan di dalam Laman Web Shaklee dipersembahkan semata-mata bagi tujuan mempromosikan produk Shaklee yang terdapat di pasaran Amerika Syarikat. PRODUK YANG DIPROMOSIKAN DI DALAM LAMAN WEB SHAKLEE BUKAN BERTUJUAN UNTUK DIJUAL DI LUAR AMERIKA SYARIKAT. JIKA ANDA IALAH WARGA MANA-MANA NEGARA SELAIN AMERIKA SYARIKAT, DAN ANDA INGIN MEMBELI PRODUK YANG DIPROMOSIKAN DI DALAM MANA-MANA LAMAN WEB SHAKLEE, ANDA HENDAKLAH MENGHUBUNGI SHAKLEE CORPORATION UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKENAAN KETERSEDIAAN PRODUK SHAKLEE DI NEGARA ANDA. Shaklee Corporation tidak membuat sebarang perwakilan bahawa bahan-bahan yang terkandung di dalam Laman Web Shaklee mematuhi undang-undang mengikut bidang kuasa di luar negara Amerika Syarikat. Mereka yang memilih untuk mengakses Laman Web Shaklee dari negara-negara di luar Amerika Syarikat boleh berbuat demikian mengikut inisiatif sendiri dan bagi tujuan pemberitahuan sahaja. Terma dan syarat yang terkandung di sini hendaklah ditadbir oleh undang-undang Negeri California, tanpa mengira konflik prinsip undang-undangnya. Dengan ini, anda mengaku untuk mematuhi bidang kuasa mahkamah Negeri California bagi tujuan litigasi sebarang tuntutan mahkamah yang akan timbul disebabkan atau yang berhubung dengan terma dan syarat ini.
NOTIS INI TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN ATAU PENAMATAN PADA BILA-BILA MASA, SAMA ADA DISEBABKAN OLEH PERUBAHAN UNDANG-UNDANG ATAU DILAKUKAN MENGIKUT BUDI BICARA SHAKLEE, TANPA NOTIS AWAL. ANDA HENDAKLAH MENYEMAK NOTIS INI DENGAN KERAP BAGI MEMASTIKAN ANDA TELAH MEMBACA VERSI TERKINI NOTIS INI.
Shaklee memiliki, melindungi dan menguatkuasakan hak cipta dalam bahan kreatifnya dan menghormati ciri-ciri hak cipta pihak lain. Adalah menjadi polisi Shaklee untuk memberikan respon sepertimana dikehendaki oleh undang-undang terhadap tuntutan pelanggaran hak cipta. Akta Hak Cipta Millennium Digital, Tajuk 17, Kod Amerika Syarikat, Seksyen 512(c) ("DMCA"), menyediakan prosedur untuk memaklumkan penyedia perkhidmatan (seperti didefinisikan oleh DMCA) mengenai dakwaan penggunaan bahan bercipta yang tidak dibenarkan kepada pemilik hak cipta atau ejen-ejen mereka yang sah. Oleh kerana Shaklee dianggap sebagai penyedia perkhidmatan dalam skop DMCA, ia perlu mematuhi syarat-syarat notis dan prosedur DMCA. Jika anda percaya bahawa mana-mana bahan dalam laman ini telah melanggar hak cipta anda atau hak cipta mana-mana pihak ketiga, anda hendaklah segera memaklumkan secara bertulis kepada ejen Shaklee yang telah dilantik seperti berikut:
Ms. Cathy Keating
Shaklee Hacienda Campus
4747 Willow Road
Pleasanton, California 94588-2740
(925)924-2464
Fax (925)924-3798
ckeating@shaklee.com
Pemberitahuan bertulis anda kepada ejen di atas hendaklah mengandungi sebahagian besar maklumat berikut:
Apabila maklumat bertulis daripada anda mengenai dakwaan pelanggaran hak cipta telah diterima, Shaklee akan mengambil langkah-langkah berikut:
Pada peringkat ini, Responden ("Responden") boleh menghantar makluman balas secara bertulis kepada ejen Shaklee yang dilantik. Makluman balas ini hendaklah mengandungi sebahagian besar maklumat berikut:
Apabila makluman balas yang mengandungi sebahagian besar maklumat yang dikehendaki telah diterima, Shaklee akan mengambil langkah-langkah berikut:
Menghantar satu salinan makluman balas Responden kepada anda;
Memaklumkan anda bahawa Shaklee akan menggantikan bahan yang didakwa telah melanggar hak cipta atau berhenti menyahaktifkan akses kepadanya dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja; dan
Menggantikan bahan yang didakwa telah melanggar hak cipta yang sebelum ini telah dihapuskan atau berhenti menyahaktifkan akses kepadanya dalam tempoh tidak kurang dari 10 dan tidak lebih dari empat belas (14) hari selepas penerimaan makluman balas Responden, melainkan anda telah memberikan bukti kepada ejen Shaklee yang dilantik bahawa anda telah memfailkan tindakan untuk memperoleh perintah mahkamah bagi menyekat Responden daripada melakukan pelanggaran sepertimana didakwa, yang merupakan tujuan asal makluman bertulis anda.
Polisi Shaklee adalah untuk menamatkan keistimewaan dalam talian bagi individu yang berulang kali melanggar hak cipta pihak lain.
PENDEDAHAN PENGGUNA: Jika anda merupakan pengguna yang membeli produk atau perkhidmatan secara dalam talian daripada Shaklee bagi tujuan peribadi, keluarga atau rumah, anda mungkin mempunyai hak tambahan sepertimana diperuntukkan dalam Akta Tandatangan Elektronik dalam Perdagangan Global dan Kebangsaan serta undang-undang negeri lain yang berkenaan. Sila baca penafian berikut dengan teliti. Ia menghuraikan hak anda untuk memulakan kontrak elektronik dengan kami secara sukarela.
Dengan mengklik “Hantar Pesanan kepada Shaklee”, (1) anda bersetuju dan memberikan kebenaran untuk (i) mewujudkan kontrak elektronik dengan kami untuk produk atau perkhidmatan yang anda minta menurut Perjanjian ini dan (2) anda memahami bahawa anda kini terlibat dengan perjanjian perundangan dan anda mahu terikat secara perundangan dengan Perjanjian ini. Bagi mengakses, memuat naik dan mencetak Perjanjian ini, anda perlu menggunakan Acrobat Reader 3.0 atau lebih tinggi. Perubahan pada keperluan perkakasan dan perisian akan dimuat naik di sini atau di pautan "perisian yang disyorkan" di bawah. Anda juga boleh meminta untuk menerima satu salinan Perjanjian ini melalui pos A.S. secara percuma dengan menghubungi kami di fieldcomm@shaklee.com dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas anda memeterai Perjanjian ini dengan Shaklee.
Jika anda tidak bersetuju dengan syarat di atas, sila klik Butang Batal Permintaan, dan dengan berbuat demikian, anda tidak boleh melengkapkan transaksi dalam talian ini.