Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!


Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Kami telah membawa lebih daripada 5000 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke lebih 20 buah negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2026, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Budapest & Vienna dan Lawatan Serantau Kunming, China.

Meneroka Budapest: Pengembaraan Melalui Sejarah, Keindahan dan Budaya

Menyelami Budapest terasa seperti menyusuri halaman sebuah buku cerita, di mana sejarah yang megah, seni bina yang memukau dan kehidupan bandar yang penuh warna bersatu dalam harmoni. Dari langkah santai di sepanjang Sungai Danube hingga menyusuri lorong-lorong berliku di Buda, setiap sudut kota ini menyimpan pesona yang tersendiri dan sukar dilupakan.

Mejelajahi Vienna: Simfoni Keanggunan, Seni dan Sejarah

Tradisi berabad lamanya bersatu harmoni dengan gaya hidup moden di Vienna, memberi nafas unik kepada kota ini. Sama ada anda terpesona dengan sejarah dirajanya, terinspirasi oleh keindahan seni yang hidup di kotanya, atau sekadar bersantai menikmati kopi di kafe klasik yang penuh pesona — Vienna sentiasa menghadirkan pengalaman yang memikat, menyentuh hati dan sukar dilupakan.

Menerokai Kunming, China: Pintu Gerbang Alam Semula Jadi, Warisan dan Pesona Abadi

Kunming bukan hanya sebuah kota — ia adalah gerbang ke pelbagai keindahan barat daya China. Dari panorama alam yang memukau dan warisan budaya yang kaya, hinggalah ke citarasa kulinari yang menyelerakan serta sejarah yang mendalam, Kunming menjemput anda untuk menyelami pesonanya yang memikat sepanjang tahun.
Dengan suhu purata sekitar 15°C hingga 23°C sepanjang tahun, Kunming dianggap antara bandar yang paling mesra iklim di China — sesuai untuk dilawati bila-bila masa.