Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!


Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Kami telah membawa lebih daripada 5000 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke lebih 20 buah negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2025, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Cappadocia dan Istanbul, Turkiye dan Lawatan Serantau Bali, Indonesia.

Istanbul, Turki

Istanbul, bandar metropolitan yang meriah di Turki, adalah sebuah bandar yang penuh dengan daya tarikan, di mana masa lalu berjalan seiring dengan masa kini dan setiap sudut membawa kepada cahaya peninggalan zaman dahulu. Terletak di pertemuan dua benua - Eropah dan Asia - bandar megah ini telah menyerap yang terbaik dari kedua-dua dunia. Dengan mercu tanda bersejarah yang indah, masakan yang asli, kehidupan malam yang meriah, festival muzik dan seni, rangkaian pasaran dan pusat membeli-belah, nadi utama Istanbul, dan jiwa Selat Bosphorus di bawah pandangan teliti Maiden’s Tower adalah impian setiap pengembara.

Bali, Indonesia

Juga dikenali sebagai Land of the Gods, Bali menarik perhatian melalui keindahan alam semula jadinya yang terdiri daripada gunung berapi yang meletus dan sawah teres yang subur yang memancarkan kedamaian dan ketenangan. Pulau ini adalah rumah kepada kuil eksotik yang berdiri bangga berlatar belakangkan semula jadi yang menakjubkan di mana Bali terus mengekalkan tradisi kunonya.

Terkenal dengan kekayaan budaya tersendiri, Bali merupakan destinasi impian, yang menawarkan mercu tanda dan landskap paling ikonik yang anda akan ingat sepanjang hayat.