Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!


Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Kami telah membawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket.

OSAKA, NARA, KYOTO JAPAN

Terokai budaya dan bandar bersejarah Jepun dengan Kyoto, bekas ibu negara Jepun dan pusat kuasa empayar selama lebih seribu tahun. Terletak di selatan, Nara mendahului sebagai ibu kota empayar dan sehingga hari ini masih mengekalkan banyak warisan bersejarahnya. Penginapan kami akan berada di Osaka, kawasan metropolitan kedua terbesar Jepun selepas Tokyo. Osaka berbeza daripada Kyoto dan Nara, ia merupakan sebuah bandar besar, menonjol dan sibuk yang terkenal dengan membeli-belah, hiburan malam dan beberapa makanan terbaik Jepun.

PELAYARAN ROYAL CARRIBEAN SINGAPURA KE PHUKET

Quantum yang memenangi anugerah dalam ketegorinya, Spectrum of the Seas® merupakan pengembaraan Timur Jauh yang penuh dengan aksi dan kejayaan pertama. Rasai tahap adrenalin anda meningkat dalam Sky Pad®, pengalaman trampolin bungee yang menambah realiti maya pada campurannya. Tontoni robot membuat ciptaan jus tersendiri khas untuk anda di Bionic Bar. Tingkatkan penginapan anda di penginapan di laut dengan akses kepada pelbagai kemudahan eksklusif. Alami percutian jauh ke timur yang lebih jauh daripada biasa.