Jadilah Pengembara Bersama Shaklee!


Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Kami telah membawa lebih daripada 4500 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 18 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Pada tahun 2023, Shaklee bakal membawa para pencapai yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Los Angeles, USA dan Lawatan Serantau Seoul, Korea.

Los Angeles, USA

Los Angeles ialah sebuah bandar California Selatan yang luas dan berada di tengah – tengah pusat industri filem dan televisyen negara. Berhampiran dengan papan tanda ikonik Hollywood, studio seperti Paramount Pictures, Universal dan Warner Brothers menawarkan lawatan disebalik tabir. Sertai kami di Anaheim, California untuk menghadiri Konferens Global Shaklee selama 3 Hari & 2 Malam serta merasai pengalaman tentang apa yang Shaklee tawarkan.

Seoul, Korea

Bandar dinamik yang pasti akan mengejutkan anda dengan alunan irama lagu K-pop di setiap pelosok. Menawarkan pelbagai tarikan dari istana lama sehingga ke kawasan bandar serta pusat-pusat membeli belah yang menarik, bandaraya yang sibuk ini merupakan suatu tempat pelancongan yang sesuai untuk semua lapisan umur!