Sorotan Destinasi


DISNEYLAND
Terletak di pusat Anaheim, Resort Disneyland® menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua pengunjung dari semua peringkat umur. Dengan lebih daripada 60 tarikan yang menakjubkan, perarakan yang mempersonakan dan merupakan tarikan tersohor dunia, tidak hairanlah bahawa Taman Tema Disneyland® memegang gelaran, “Tempat yang paling gembira di muka bumi ini”.

UNIVERSAL STUDIO
Ia merupakan salah satu studio yang terkenal di Hollywood. Studio ini sering disebut sebagai ibu kota hiburan Los Angeles. Studio ini direka bentuk dan dibina khusus untuk menawarkan lawatan ke set studio universal sebenar. Ia juga merupakan salah satu taman tema pertama di dunia yang dibangunkan sepenuhnya.

UNIVERSAL STUDIO
Universal Studio Hollywood merupakan satu tarikan yang harus dilawati di Los Angeles. Universal Studio menggabungkan elemen taman tema, tarikan bersejarah dan studio filem yang berfungsi menjadi satu pengalaman yang hebat bagi penggemar filem dan peminat budaya pop dari seluruh dunia.

HOLLYWOOD WALK OF FAME
Hollywood Walk of Fame ialah mercu tanda bersejarah yang terdiri daripada lebih 2,700 terazo yang berbucu lima dan bintang tembaga yang tertanam di kaki lima sepanjang 15 blok Hollywood Boulevard dan tiga blok Vine Street di California. Bintang-bintang tersebut merupakan monumen awam yang kekal bagi meraikan pencapaian dalam industri hiburan, yang mengandungi pelbagai nama pelakon, pengarah, penerbit, pemuzik, kumpulan teater/muzik, watak fiksyen, dan lain-lain.

Jadilah orang Korea untuk sehari dengan mengenakan Hanbok, pakaian tradisional Korea yang penuh dengan corak menarik serta berwarna-warni!

Pasar, pusat membeli belah serta butik-butik sepanjang jalan dengan fesyen terkini, gajet canggih serta aksesori yang cantik.

Dihidangkan di dalam mangkuk batu yang panas, Bibimbap merupakan makanan panas yang paling digemari ramai kerana kombinasi rasa yang pedas dan manis.

Tahukah anda bahawa Istana Gyeongbokgung merupakan istana diraja yang pertama dan terbesar yang dibina semasa Dinasti Joseon? Kini, ia merupakan salah satu tempat pelancongan yang ikonik di Seoul dan lawatan anda tidak akan lengkap tanpa melawat ke istana yang mengagumkan ini.