Tunjukkan
Untuk
 

OoS

YOUTH™ Hydrating Gel Mask
 
Kod Produk: 14122
Harga Pengedar:
RM121.00
Harga Runcit:
RM151.25
YOUTH for YOU
YOUTH for YOU

YOUTHTM Hydrating Gel Mask

Kod Produk: 14122

Untuk Kulit Kering
Nikmati kulit yang lembut dengan formulasi yang kaya dengan kelembapan daripada gel emas yang menyegarkan bagi memberi kulit sihat secara mendalam supaya ia kelihatan terhidrat, berseri.

Bahan-bahan Utama
Asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.


Soalan-soalan Lazim

HYDRATING GEL MASK

Sapukan pada muka yang bersih, biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan tuala basah.

Sapukan lapisan nipis ke seluruh muka anda, elakkan kawasan sekitar mata dan bibir. Muka anda sepatutnya kelihatan kilat keemasan.

Kami sarankan sekali atau dua kali seminggu, tetapi tiada had kepada berapa kerap anda mahu berikan diri anda rawatan muka yang pantas. Ia amat sesuai untuk meningkatkan keserian dan penghidratan.

Produk ini mengandungi oksida besi dan mika yang dihasilkan secara semula jadi, yang merupakan pigmen warna.

Ya. Jika anda mempunyai kawasan muka yang memerlukan pembersihan mendalam atau rawatan penyaktoksin, anda boleh sapukan mask ini ke bahagian berkenaan. Zon-T (dahi, hidung dan dagu) biasanya adalah kawasan yang memerlukan pembersihan mendalam.

Khusus untuk Mengetahui Mengenai Penjagaan Kulit YOUTH

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.

Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai Untuk Anda

Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.

Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.

Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.