KENYATAAN RASMI UNTUK KEGUNAAN SECARA REAKTIF SAHAJA

MAY 2021


Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, Shaklee Corporation dan sekutu antarabangsanya termasuk Malaysia dipandukan oleh visinya untuk "menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik untuk semua orang.", dan akan terus berbuat demikian. Oleh itu, sejajar fokus dan visi utama kami, Shaklee tidak mempunyai kaitan atau dikaitkan dengan aktiviti berasaskan agama atau politik, malah perniagaan kami juga tidak membiayai atau menyokong sebarang aktiviti yang dikaitkan dengan keduanya. Kami ingin menegaskan bahawa kami membantah keras mana-mana keganasan yang melanggar hak asasi manusia. Kami sesekali tidak akan terlibat dalam usaha sebegini kerana ia melanggar prinsip syarikat kami.

Selama bertahun-tahun, kami berbangga dengan Shaklee Malaysia yang telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, untuk menikmati pendapatan dan kehidupan yang lebih baik, bukan sahaja meningkatkan taraf mereka dan keluarga mereka tetapi menyumbang balik kepada masyarakat. Melalui perniagaan Shaklee, kami menawarkan Pengedar Muslim kami peluang untuk menunaikan Umrah, tidak sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, bahkan bersama ibu bapa mereka, diatur dan dibayar oleh Shaklee melalui program lawatan insentif tahunan kami.