Jelajah Dunia Bersama Shaklee

Dunia menanti untuk diterokai. Impian anda menanti untuk direalisasikan. Setiap Lawatan Insentif membuktikan bahawa dengan keyakinan, konsistensi dan keazaman, pengalaman luar biasa berada dalam jangkauan anda.

Mulakan perjalanan anda hari ini, kekal komited kepada matlamat anda dan biarkan setiap pencapaian membawa anda selangkah lebih dekat ke destinasi seterusnya.

Dunia menanti untuk anda terokai -
bersama Shaklee di sisi.

Perjalanan Seterusnya Menanti Anda

Layakkan diri dan nikmati destinasi yang memberi inspirasi, ganjaran dan transformasi kepada perjalanan anda.

Lawatan Insentif Shaklee 2027
Tempoh Kelayakan: April 2026 – Mac 2027

Lawatan Insentif Serantau 2027

Chiang Mai, Thailand | 4 Hari 3 Malam

Hayati Budaya dan Alam Semula Jadi

Terokai keindahan kuil purba, temui gajah Thailand yang jinak di pusat perlindungan gajah beretika, hayati keunikan Perkampungan Long Neck serta selami kekayaan budaya dan keindahan semula jadi di Utara Thailand.

Lawatan Insentif Antarabangsa 2027

Hokkaido, Japan | 7 Hari 6 Malam

Terokai Keajaiban Hokkaido

Nikmati pemandangan musim sejuk yang mempesonakan, bersantai di kolam air panas onsen tradisional, rasai keenakan sajian terkenal Hokkaido dan terokai keindahan syurga di utara Jepun.

Sertai Kami untuk Pengalaman
Yang Tidak Dapat Dilupakan
Terokai. Raikan. Inspirasi.

Setiap perjalanan menawarkan lebih daripada sekadar destinasi indah. Ia merupakan peluang untuk mengenali budaya berbeza, membina persahabatan berkekalan, menimba ilmu daripada pemimpin yang memberi inspirasi dan mencipta kenangan yang akan kekal selamanya. Kerana setiap destinasi merupakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan Shaklee anda.

Mengapa Lawatan Insentif Menjadi Pilihan Para Pemimpin Shaklee:
Terokai Destinasi Menakjubkan.

Terokai beberapa bandar tercantik di dunia sambil menyelami keunikan budaya, sejarah dan tradisinya.

Pilih Pengembaraan Seterusnya

Rasai Pesona Chiang Mai, Thailand
Satu pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan

Dikenali sebagai "Mawar Utara", Chiang Mai merupakan antara destinasi paling mempesonakan di Thailand, yang menggabungkan keunikan budaya, keindahan alam semulajadi dan pengalaman tempatan yang autentik.

Terokai kuil-kuil purba bersejarah serta warisan Thailand yang berabad-abad lamanya.

Kunjungi Perkampungan Long Neck dan kenali tradisi, hasil kraf serta budaya menarik masyarakat Karen.

Cipta kenangan bermakna di Pusat Perlindungan Gajah, tempat anda berpeluang berinteraksi dengan gajah Thailand yang jinak dalam persekitaran beretika dan semula jadi, sambil mempelajari usaha pemuliharaan dan penjagaannya.

Nikmati panorama gunung yang memukau dan ketenangan alam semula jadi di Utara Thailand.

Terokai pasar tempatan yang meriah, dipenuhi hasil kraf tangan, sajian tempatan dan cenderamata autentik.

Nikmati hidangan asli Utara Thailand yang terkenal dengan cita rasa tersendiri dan layanan mesra masyarakat setempat.

Alami Keajaiban Hokkaido, Japan
Perjalanan Musim Sejuk yang Tidak Akan Dilupakan

Terokai keindahan Hokkaido yang menakjubkan—syurga di utara Jepun—tempat musim sejuk yang mempesonakan, warisan budaya yang kaya dan pengembaraan luar biasa bersatu untuk mencipta pengalaman sekali seumur hidup.

Kunjungi Taman Beruang Noboribetsu
Nikmati perjalanan kereta kabel yang indah ke Taman Beruang Noboribetsu yang terkenal, habitat beruang perang Hokkaido yang mengagumkan.

Kembali ke Zaman Silam di Perkampungan Samurai Jidaimura
Menyelusuri Zaman Edo Jepun yang mempesonakan sambil menerokai jalan tradisional, seni bina autentik dan budaya samurai yang menarik.

Alami Keajaiban Salji
Cipta kenangan bermakna melalui aktiviti salji dan rakit salji yang menyeronokkan, dikelilingi panorama musim sejuk Hokkaido yang menakjubkan. Sama ada ini kali pertama anda melihat salji atau anda sekadar ingin menikmati musimnya, setiap detik menjanjikan keterujaan dan kegembiraan.

Terokai Keindahan Kereta Kabel Gunung Usu
Nikmati pemandangan panoramik yang menakjubkan dari Kereta Kabel Gunung Usu. Nikmati keindahan gunung berapi, tasik yang jernih dan pemandangan gunung yang menakjubkan di salah satu destinasi tercantik di dunia.

Terokai Keindahan Bandar Sapporo
Alami pesona Bandar Sapporo, destinasi yang menggabungkan kemodenan dengan keunikan sejarah dan budaya Jepun. Bersiar-siar di Taman Odori yang indah, kunjungi Menara Jam Sapporo yang ikonik, serta nikmati aktiviti membeli-belah, sajian tempatan dan suasana unik ibu kota Hokkaido.

Cara untuk Melayakkan Diri.
Setiap Perjalanan Luar Biasa
Bermula dengan Satu Langkah

Tempoh Kelayakan: April 2026 – Mac 2027

Syarat Kelayakan Mata Ganjaran Konferens Anda

Kali Pertama & Kedua
Mata Ganjaran Konferens/Tiket Ke-1 Pasangan Mata Ke-3 Mata Ke-4 Mata
Serantau 560 470 1,030 560 1,590 560 2,150
Antarabangsa 1,160 980 2,140 1,160 3,300 1,160 4,460

* Pasangan dan anak berumur 4–17 tahun perlu mencapai 85% daripada keperluan mata.

Kali Ke-3 & Seterusnya
Mata Ganjaran Konferens/Tiket Ke-1 Pasangan Mata Ke-3 Mata Ke-4 Mata
Serantau 580 490 1,070 580 1,650 580 2,230
Antarabangsa 1,200 1,020 2,220 1,200 3,420 1,200 4,620

* Pasangan dan anak berumur 4–17 tahun perlu mencapai 85% daripada keperluan mata.

Cara Memperoleh Mata Ganjaran Konferens

Asas perniagaan anda:
3S (Menjual, Menaja dan Memberi Perkhidmatan)

Tingkatkan Volum Jualan

Rekrut SID Baharu

Setiap 300UV

Peroleh lebih mata melalui jualan peribadi dan kumpulan. (Tidak termasuk 200UV rekrut baharu)

Rekrut SID Baharu

Setiap pembelian 200UV oleh SID baharu yang menyertai anda. (Tidak termasuk cabang baharu)

Jelajah Dunia bersama Shaklee, Pasukan dan Keluarga Anda! +1 Mata +1 Mata
Bina Pemimpin

Kekal Konsisten • Bangunkan Pemimpin Baharu • Perkukuh Kepimpinan

Pemimpin Perniagaan Baharu

Lahirkan Supervisor. Bina organisasi yang lebih kukuh.

Coordinator Baharu

Organisasi semakin kukuh apabila pemimpin naik pangkat. (Coordinator Baharu Efektif selama 4 bulan berturut-turut)

Kekal Efektif, Naik Pangkat

Raih Mata Ganjaran Konferens berdasarkan Pangkat Efektif. Peroleh lebih apabila naik pangkat dan kekal Efektif.

Konsistensi Memberikan Pulangan

Kekalkan Pangkat Efektif selama 4 bulan berturut-turut bagi Coordinator dan ke atas.

+20 Mata +80 Mata +15 - 280 Mata +10% Mata Pangkat

1. Peserta perlu melayakkan diri berdasarkan sasaran:

  • Mata Ganjaran Konferens
  • Pangkat Efektif Minimum

2. Mesti kekal Efektif pada Pangkat Minimum:

  • Pangkat COORDINATOR untuk Lawatan Insentif Antarabangsa
  • Pangkat SENIOR SUPERVISOR untuk Lawatan Insentif Serantau

Nota

  • Bagi Pemimpin Perniagaan Baharu, syarat pangkat minimum hanya bermula dari Bulan Kenaikan Pangkat Baharu hingga Pangkat Coordinator.
  • Peserta yang layak dikehendaki kekal Efektif pada Pangkat Minimum sehingga satu bulan sebelum lawatan.

Soalan Lazim

Anda boleh membawa pasangan menyertai Lawatan Insentif setelah mencapai Mata Ganjaran Konferens yang diperlukan berdasarkan kriteria kelayakan. Kumpulkan Mata Ganjaran Konferens yang ditetapkan sepanjang tempoh insentif untuk melayakkan diri.
(Sila rujuk Panduan Kelayakan Mata Ganjaran Konferens untuk syarat kelayakan lengkap.)

Shaklee Malaysia akan mengurus dan menanggung kos Lawatan Insentif bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1 atau Terminal 2), bergantung pada lokasi berlepas yang ditetapkan.

Pakej merangkumi:
• Tambang penerbangan antarabangsa pergi balik
• Penginapan hotel
• Hidangan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
• Pengangkutan darat
• Lawatan bersiar-siar dan bayaran masuk mengikut jadual perjalanan
• Aktiviti rasmi Shaklee dan acara pengiktirafan

Peserta bertanggungjawab terhadap perbelanjaan peribadi, aktiviti pilihan yang tidak termasuk dalam jadual perjalanan serta perkara lain yang dinyatakan dalam Garis Panduan Lawatan Insentif.

Sekiranya peserta yang layak tidak dapat menyertai Lawatan Insentif, peserta tersebut perlu mengemukakan permohonan bertulis untuk memindahkan kelayakan tiket yang diperoleh berserta alasan yang sah. Permohonan tertakluk pada kelulusan pihak Pengurusan Shaklee Products (M) Sdn Bhd. Setelah diluluskan, beliau boleh menamakan individu berikut:

a) Bagi Pengedar Berstatus Suami Isteri:
• Pasangan atau Ibu/Bapa atau Ibu/Bapa Mertua atau Adik-Beradik atau Anak*
b) Bagi Pengedar Berstatus Bujang: Adik-Beradik atau Ibu/Bapa
c) Bagi Pengedar Berstatus Balu/Duda atau Bercerai:
• Adik-Beradik atau Ibu/Bapa atau Anak*

Perjalanan Anda Bermula Hari Ini

Setiap Destinasi Adalah Ganjaran.
Setiap Perjalanan Mencipta Kenangan.