Nourishing Scalp Treatment

Kod Produk: 31642 (59 ml) - Semua Jenis Rambut

Suburkan Rambut Anda

Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat.
Kerana itulah setiap produk ProSanté® mengandungi Scalp Health Complex, campuran 10 vitamin, mineral dan herba yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Kami memilih ramuan seperti Ekstrak Swertia dan Halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk menyuburkan folikel rambut; mineral kulit penting seperti tembaga, Zink, Mangan dan Vitamin A untuk menyokong pembaharuan sel kulit kepala yang sihat; dan Minyak Daun Tea Tree dan Ekstrak Teh Hijau untuk melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas dan lain-lain tekanan persekitaran. Anda tidak akan menemui bahan kimia keras yang boleh merosakkan rambut di dalam produk penjagaan rambut kami.

Nourishing Scalp Treatment

ProSante Hair Care®

ProSanté® Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif yang telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat. Ia juga melebatkan dan menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté®.

Nourishing Scalp Treatment

Mengandungi kepekatan tertinggi Scalp Health Complex, iaitu campuran unik 10 vitamin, mineral dan herba berkesan yang menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilauan. Antioksidan vitamin A dan E, serta Koenzim Q10 melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas. Formula yang terbukti secara klinikal boleh digunakan setiap hari pada rambut basah atau kering.

  • Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran semasa disikat.
  • Formula tanpa bilas, melegakan kulit kepala.
  • Melindungi keseimbangan lembapan-minyak sihat semula jadi.

Nourishing Scalp Treatment (59ml) | Kod Produk: 31642