Pengumuman

Tarikh Pengumuman: Januari 2018

Sijil Halal ISA 2018 Bagi Produk Shaklee

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa produk Shaklee adalah Halal seperti yang diperakui oleh Perkhidmatan Islam Amerika (ISA). Pensijilan ini adalah untuk tahun 2018 seperti yang dilampirkan.

Teruskan menggunakan produk Shaklee tanpa was-was!

Sijil Halal ISA 2018 Bagi Produk Shaklee

Tarikh Pengumuman: 28 Julai 2017

PEMBERITAHUAN MENGENAI KETULENAN PRODUK SHAKLEE

Akhir-akhir ini, kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai kesahihan produk yang dijual melalui platform e-dagang dan kami ingin menjelaskan perkara berikut:

1. Shaklee tidak melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana penjual dalam talian selain Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd untuk menjual produk Shaklee di www.shaklee2u.com.my.

2. Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk yang dijual pada platform e-dagang, melalui jualan dalam talian dan disebabkan itu produk-produk tersebut boleh dianggap rosak, palsu atau telah tamat tempoh.

3. Mana-mana pihak (Pengedar atau sebaliknya) yang menjual produk Shaklee di mana-mana platform e-dagang tidak diberikan kuasa oleh Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

4. Sesiapa yang membeli produk Shaklee melalui platform e-dagang tidak akan mendapat akses jaminan Shaklee.

Kami menggesa para pengguna supaya sentiasa membeli produk Shaklee daripada Pengedar Bebas Shaklee kami atau mendaftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee di cawangan-cawangan kami atau melalui www.shaklee2u.com.my, dan membeli secara terus dari Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

Jika anda meragui tentang kesahihan pembelian anda, sila e-mel kepada customerinquiry@shaklee.com untuk penjelasan lanjut. Sila berikan butiran terperinci tentang penjual dan bukti pembelian. Semua pertanyaan dan laporan adalah sulit.

Terima Kasih.

Tarikh Pengumuman: 25 Mei 2017

A Reminder to use only claims published by Shaklee Malaysia

We would like to remind all Shaklee Distributors that they are NOT allowed to overstate or make improper claims about Shaklee products and/or the business.

Shaklee Independent Distributors and Business Leaders are encouraged to attend the SMS and Shaklee Training to ensure they learn the right way to promote our products and business, in compliance to the Shaklee statement of Privileges & Responsibilities (P&R) and Code of Conduct. Business Leaders have a responsibility to train Distributors in their organization to use materials published by Shaklee in conducting their business.

Tarikh Pengumuman: 25 April 2017

Ibu Pejabat Baru Shaklee

Alamat: Sunway Geo, Jalan Tasik Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

(Lihat lokasi dalam Google Map)

Notis: Pejabat di Sunway Pinnacle ditutup sejak 23 April, 2017.

(Versi Bahasa Inggeris)