Pengumuman

Tarikh Pegumuman: 5 Dec 2018

PENGUMUMAN: WE’RE MOVING

The Shaklee KL Branch at Sri Rampai will be operating only until 13 December 2018. We will close on 14 December 2018. The Shaklee KL Branch at Sri Rampai will be relocating to Sunway Visio Tower and operating as usual from 15 December 2018 onwards.

NEW Shaklee KL Branch
G-04 Ground Floor, Sunway Visio Tower, Lingkaran SV, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.


Tarikh Pegumuman: 28 May 2018

PENGUMUMAN: 0% GST

Kepada Pemimpin, Pengedar Bebas dan Pengguna Shaklee yang dihargai,

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sekarang ini dikenakan pada 6% akan ditetapkan pada kadar 0% bermula pada 1 Jun 2018.

Sehubungan dengan itu, kesemua produk yang dijual oleh Shaklee Products (Malaysia) Sdn. Bhd. akan berkadar DN + 0% GST dan RP + 0% GST bermula 1 Jun 2018.

Harga berkadar 0% GST akan tertera pada senarai harga DN dan RP terkini, sedia untuk dimuat turun dan dicetak melalui Pusat Sumber S2u, bersama dengan senarai Soalan Lazim. Salinan bercetak akan disertakan dengan setiap set Kit Permulaan bermula 1 Jun 2018.

Kami amat berterima kasih kepada anda, Pengedar Bebas dan Pelanggan Shaklee atas sokongan anda selama ini kerana kami mengambil langkah-langkah kecil secara proaktif, untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina asas bagi kehidupan yang lebih lama dan sihat!

Tarikh Pengumuman: Januari 2018

Sijil Halal ISA 2018 Bagi Produk Shaklee

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa produk Shaklee adalah Halal seperti yang diperakui oleh Perkhidmatan Islam Amerika (ISA). Pensijilan ini adalah untuk tahun 2018 seperti yang dilampirkan.

Teruskan menggunakan produk Shaklee tanpa was-was!

Sijil Halal ISA 2018 Bagi Produk Shaklee

Tarikh Pengumuman: 28 Julai 2017

PEMBERITAHUAN MENGENAI KETULENAN PRODUK SHAKLEE

Akhir-akhir ini, kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai kesahihan produk yang dijual melalui platform e-dagang dan kami ingin menjelaskan perkara berikut:

1. Shaklee tidak melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana penjual dalam talian selain Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd untuk menjual produk Shaklee di www.shaklee2u.com.my.

2. Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap produk-produk yang dijual pada platform e-dagang, melalui jualan dalam talian dan disebabkan itu produk-produk tersebut boleh dianggap rosak, palsu atau telah tamat tempoh.

3. Mana-mana pihak (Pengedar atau sebaliknya) yang menjual produk Shaklee di mana-mana platform e-dagang tidak diberikan kuasa oleh Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

4. Sesiapa yang membeli produk Shaklee melalui platform e-dagang tidak akan mendapat akses jaminan Shaklee.

Kami menggesa para pengguna supaya sentiasa membeli produk Shaklee daripada Pengedar Bebas Shaklee kami atau mendaftar sebagai Pengedar Bebas Shaklee di cawangan-cawangan kami atau melalui www.shaklee2u.com.my, dan membeli secara terus dari Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

Jika anda meragui tentang kesahihan pembelian anda, sila e-mel kepada customerinquiry@shaklee.com untuk penjelasan lanjut. Sila berikan butiran terperinci tentang penjual dan bukti pembelian. Semua pertanyaan dan laporan adalah sulit.

Terima Kasih.

Tarikh Pengumuman: 25 Mei 2017

A Reminder to use only claims published by Shaklee Malaysia

We would like to remind all Shaklee Distributors that they are NOT allowed to overstate or make improper claims about Shaklee products and/or the business.

Shaklee Independent Distributors and Business Leaders are encouraged to attend the SMS and Shaklee Training to ensure they learn the right way to promote our products and business, in compliance to the Shaklee statement of Privileges & Responsibilities (P&R) and Code of Conduct. Business Leaders have a responsibility to train Distributors in their organization to use materials published by Shaklee in conducting their business.

Tarikh Pengumuman: 25 April 2017

Ibu Pejabat Baru Shaklee

Alamat: Sunway Geo, Jalan Tasik Selatan, Sunway South Quay, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

(Lihat lokasi dalam Google Map)

Notis: Pejabat di Sunway Pinnacle ditutup sejak 23 April, 2017.

(Versi Bahasa Inggeris)