Kami utamakan kehidupan harmoni Bersama Alam Semula Jadi

Mematuhi nasihat Dr. Shaklee, kami mencari ilham dan inspirasi daripada kearifan dan khazanahalam semula jadi dalam setiap perkara yang kami lakukan.

Maksudnya, kami menghasilkan produk menggunakan bahan semula jadi paling tulen. Dan kami mengambil langkah paling ketat untuk menjauhi racun perosak, bahan pencemar, dan lain-lain bahan bukan semula jadi yang tidak patut terdapat di dalamnya.

Apa yang kami ambil daripada alam, sama pentingnya dengan apa yang kami tinggalkan.

Syarikat kami adalah yang pertama di dunia diiktiraf sebagai Climate Neutral™, yang bermaksud kami beroperasi dengan impak bersih sifar kepada bumi ini.

Ibu pejabat dunia kami adalah model terkemuka yang melambangkan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Kami menghasilkan produk yang lembut, mesra serta tidak menjejaskan planet. Dan kami tidak melakukan ujian ke atas haiwan.

Sejak Shaklee ditubuhkan, kami sentiasa mematuhi hukum alam.

Setakat ini, kami belum lagi tersilap langkah.

Anugerah Kami:

Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award
 
2006 EPA Climate Leader
 

 

2002 EPA Climate Protection Award
 
Earth Day 2000 Environmental Business Leadership Award
 

 

Ibu Pejabat Dunia Shaklee, San Francisco, California, USA.

Shaklee World Headquarters

 

Komitmen Menyeluruh Kepada Alam Sekitar

"Shaklee merupakan perintis yang mencapai keneutralan karbon pada 2000, dan telah menggerakkan rangkaiannya untuk menanam satu juta pokok untuk dunia, yang bukan sahaja merupakan satu pencapaian hebat, malah menjadi inspirasi buat semua – terutamanya di sektor korporat."

Dr. Wangari Maathai, Penerima Anugerah Keamanan Nobel 2004, pengasas Green Belt Movement, dan Duta Global untuk kempen Sejuta Pokok. Sejuta Impian Shaklee. [Shaklee A Million Trees. A Million Dreams.™].

Kami telah menerajui pergerakan alam sekitar melalui teladan selama beberapa dekad.

  • kempen untuk menanam sejuta pokok.
  • penajaan tiga ekspedisi Kutub Utara untuk mengukur kesan pemanasan global.
  • sumbangan bekalan pembersihan mesra alam, digunakan di atas kapal penyelidikan Jacques Cousteau.
  • kerjasama dengan Dr.Wangari Maathai, pemenang anugerah Keamanan Nobel pertama yang diiktiraf untuk kerjakerja alam sekitar.
  • menyokong Matlamat Pembangunan Milenia Bangsa-Bangsa Bersatu [United Nations Millennium Development Goals] untuk menggalakkan hak kemanusiaan dan menamatkan kemiskinan.
  • sumbangan vitamin dan minuman nutrisi kepada kanak-kanak kekurangan zat dan mangsa gempa bumi.
  • penajaan rasmi Hari Bumi [Earth Day]. Sumbangan kami hampir setengah juta dolar kepada tabung bantuan taufan A.S.
  • pemberian tahunan yang melebihi $3 juta.

...Dan Senarainya Berterusan.
Begitu juga komitmen kami untuk melakukan apa yang beretika dan benar kerana itulah nadi kami.