Tunjukkan
Untuk
 

OoS

YOUTH™ Purifying Clay Mask
 
Kod Produk: 14121
Harga Pengedar:
RM121.00
Harga Runcit:
RM151.25
YOUTH for YOU
YOUTH for YOU

YOUTHTM Purifying Clay Mask

Kod Produk: 14121

Untuk Kulit Berminyak/Mudah Berjerawat
Menyahtoksin dan membersihkan kulit secara semulajadi. Dirumus oleh bahan semulajadi, formulasi ini menyerap dan menyingkirkan pencemaran, kekotoran, dan lebihan sebum untuk membantu meminimumkan liang pori yang kelihatan, memberikan kulit yang lebih lembut tanpa merekah dan kering.

Bahan-bahan Utama
Campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.


Soalan-soalan Lazim

PURIFYING CLAY MASK

Sapukan pada muka yang bersih, biarkan 10 minit, dan bilas dengan tuala basah.

Sapukan satu lapisan nipis ke seluruh muka anda atau kawasan tertentu yang memerlukan pembersihan mendalam atau penyahtoksin, elakkan kawasan sekitar mata dan bibir. Kawasan yang dirawat sepatutnya menunjukkan lapisan berwarna kelabu gelap yang legap apabila disapukan.

Kami sarankan sekali atau dua kali seminggu, tetapi tiada had kepada berapa kerap anda mahu berikan diri anda rawatan muka yang pantas untuk meningkatkan kecerahan kulit anda.

Ya. Formulasi ini menyerap dan menghilangkan ejen pencemaran, kekotoran, dan minyak berlebihan unuk membantu meminimumkan penampilan liang pori dan menyerlahkan kulit yang lebih licin tanpa menyebabkan kulit mengelupas atau kering. Sangat bagus untuk mensasarkan kawasan yang memerlukan pembersihan mendalam atau nyahtoksin, serta untuk mencerahkan kulit yang letih dan kusam. Pastikan anda mengelakkan kawasan sekitar mata dan bibir.

Warna kelabu gelap dihasilkan oleh bahan-bahan semulajadi termasuklah kaolin dan bentonite, kedua-duanya adalah tanah liat kaya mineral, bersama serbuk arang dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju di Lautan Pasifik.

Khusus untuk Mengetahui Mengenai Penjagaan Kulit YOUTH

Kesemua produk kami direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia merbahaya dan tiada bahan-bahan yang mungkin dipersoalkan yang memberikan impak kepada anda dan planet kita. Kami telah menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak, dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru, sebanyak 3 kali ganda berbanding dengan yang diperlukan. Malah, kami telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan yang produk kami selamat.

Dengan Set Permulaan YOUTH, anda perlu mengikuti rutin 3 langkah mudah untuk siang dan malam:
PAGI: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, Day Moiturizer dengan SPF.
MALAM: Selepas pembersihan, sapukan penyegar, krim malam.
Mulakan Sehari ini. Cubalah Set Permulaan YOUTH kami!

Produk dalam set ini biasanya boleh bertahan sehingga dua bulan, bergantung kepada penggunaan.

Produk Penjagaan Kulit Yang Sesuai Untuk Anda

Ya! Penyegar mempunyai pelbagai manfaat. Ia membantu untuk menseimbangkan paras pH kulit anda dan menghilangkan kekotoran serta partikel solekan yang halus. Bahkan, penyegar memberikan kulit nutrien yang penting.

Sentiasa pilih pelindung matahari yang mempunyai spektrum luas, direka untuk melindungi anda daripada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA boleh menyebabkan kedutan dan penuaan pramatang, sinaran UVB pula bertanggungjawab mengakibatkan selaran matahari dan perubahan warna kulit.

Ya. UVA boleh menembusi kaca dan menembusi jauh ke dalam kulit anda, mempercepatkan penuaan, kedutan dan kehilangan keanjalan. Jadi, meskipun ia kelihatan berlawanan dengan gerak hati, gunakanlah pelindung matahari sepanjang hari, setiap hari, sama ada anda berada di dalam atau di luar!

Ia bergantung kepada keadaan. Umur, persekitaran, gaya hidup dan diet anda, aktiviti hormon anda selain pakaian dan perhiasan diri yang anda pakai juga boleh menjadi pencetus berlakunya kulit sensitif. Ada kala kulit boleh menjadi sensitif akibat punca luaran seperti pencemaran dan cuaca sejuk.

Melapiskan penjagaan kulit dengan betul boleh mensasarkan semua masalah kulit anda dengan berkesan dan menambahbaik keadaan kulit anda. Mengikut kebiasaan, mulakan dengan produk yang bertekstur cair ke pekat. Maka, susunan yang betul untuk diikuti adalah pembersih-penyegar-serum-pelembap-pelindung matahari.

Kami sarankan sapukan serum anda terlebih dahulu, biarkan kulit anda menyerapnya selama dua minit, sebelum menyapukan pelembap untuk mengunci kebaikan daripada serum anda. Mencampurkan kedua-dua produk akan mengurangkan manfaat serum.