Barisan Kepimpinan

Helen Lam

Presiden

Helen Lam serves as the President of Shaklee Malaysia. Helen’s experience in the Direct Selling industry spans over 20 years leading the marketing and sales efforts for a multinational company. Throughout her career, Helen worked extensively in the Southeast region to grow both new and existing markets.

Helen received her undergraduate degree from the University of Nebraska-Lincoln, graduating with Distinction with a Bachelors of Science, in Business Administration. Her interests include traveling, reading, cooking and yoga.

Pengerusi dan CEO

Mr. Barnett ialah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shaklee Corporation.

Beliau memulakan kerjayanya di firma perbankan pelaburan Lazard Freres & Co., sebelum mengelolakan usaha pemerolehan Arcade,Inc., yang berjaya dikemudinya daripada syarikat yang hanya beroperasi di A.S. hingga menjadi syarikat pensampelan terbesar di dunia. Beliau juga merupakan pengasas, Pengerusi dan CEO Beauty.com, yang terus menjadi salah satu peruncit dalam talian yang terkemuka dalam industri kosmetik. 

Mr. Barnett memperoleh ijazah sarjana mudanya dari Yale College (Summa Cum Laude), ijazah undang-undangnya dari Yale Law School (Penyunting Kanan, Yale Law Journal), dan MBA dari Harvard Business School.

Selain dipilih sebagai Global Leader for Tomorrow (Pemimpin Dunia Masa Hadapan) oleh Forum Ekonomi Dunia (Davos), Mr. Barnett juga menjadi Young Leader Fellow untuk Jawatankuasa Kebangsaan bagi Hubungan A.S. - China dan ahli Young Presidents Organization.

Mr. Barnett sememangnya seorang ketua yang berwibawa. Beliau memegang keahlian aktif School of Public Health Leadership Council (Majlis Kepimpinan Fakulti Kesihatan Awam) di Universiti Harvard dan Yale, President's Council on International Activities (Majlis Presiden untuk Aktiviti Antarabangsa) di Universiti Yale, Lembaga Penasihat Elie Wiesel Foundation for Humanity (Yayasan Kemanusiaan Elie Wiesel), Lembaga Penasihat Green Belt Movement milik pemenang Hadiah Keamanan Nobel 2004 iaitu Wangari Maathai, ahli Lembaga Penasihat Town School San Francisco dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Fine Arts Museums Foundation of San Francisco.

Close -

Ketua Pegawai Kewangan

Mike Batesole ialah Ketua Pegawai Kewangan Shaklee dengan pengalaman lebih 18 tahun sebagai eksekutif dalam dunia pengurusan kewangan.

Sebelum menyertai Shaklee, Mr. Batesole  telah berkhidmat dalam beberapa jawatan eksekutif kanan, yang paling terbaru sebagai Naib Presiden Kewangan dan Pentadbiran untuk Dorado Network Systems.

Pada awal kerjayanya, Mr. Batesole telah memegang jawatan pegawai kewangan kanan di VA Software, Rebis Software dan Bentley Systems. Mr. Batesole merupakan Ahli Lembaga Pengarah Shaklee Cares serta berperanan sebagai Setiausaha dan ahli jawatankuasa audit untuk Walden House, salah sebuah organisasi pemulihan terbesar yang tidak berasaskan keuntungan di California.

Beliau memperoleh kelulusan B.S. dalam Pentadbiran Perniagaan dari Haas School of Business di UC Berkeley dan merupakan seorang CPA berlesen dan akauntan pengurusan yang diiktiraf.

Close -

Naib Presiden Kanan, Kaunsel Am dan Setiausaha

Todd Tucker ialah Naib Presiden Kanan, Kaunsel Am dan Setiausaha Shaklee yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan, pengurusan risiko, pentadbiran lapangan, jaminan kualiti produk dan hal ehwal pengawalseliaan global. 

Sebelum ini, Todd pernah berkhidmat sebagai Kaunsel Am untuk Shaklee International dan sebagai Timbalan Kaunsel Am Shaklee Corporation. Selepas tamat pengajian di Williams College dan Harvard Law School, Todd menyertai Kirkland & Ellis, sebuah firma perundangan antarabangsa di Chicago.

Antara kerjaya Todd yang paling penting ialah di McDonald's Corporation yang mencecah hampir dua dekad, di mana beliau telah berjaya mendaki tangga korporat dan memegang peranan sebagai Naib Presiden & Kaunsel Am Asia, Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

Close -

Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan, dan Ketua Pegawai Sains

Bruce Daggy menyelia dan mengemudi hala tuju penyelidikan dan pembangunan korporat. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan portfolio produk teras Shaklee termasuk nutrisi pemakanan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan produk mesra alam untuk kediaman.

Pengalaman beliau dalam bidang penjagaan kesihatan pengguna global melangkau lebih 30 tahun. Bruce terlibat dalam pelbagai aspek penyelidikan, daripada memformulasikan nutrisi pemakanan terkemuka di India kepada menyediakan produk pemakanan sukan untuk atlet terunggul. Beliau juga memberikan tumpuan khusus dalam bidang pengurusan berat badan dan penyakit metabolik. 

Bruce memulakan kerjaya profesional beliau dalam bidang akademik dan seterusnya berkhidmat selama 10 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan di syarikat Procter & Gamble. Ini disusuli dengan 13 tahun di SmithKline Beecham/Glaxo SmithKline di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom dalam beberapa jawatan kepimpinan termasuk menyelia program penyelidikan dan pembangunan pemakanan global serta menguruskan lebih 80 orang saintis di U.K. dan India.

Selain itu, beliau juga merupakan Naib Presiden, Penyelidikan & Pembangunan Pengurusan Berat Badan Glaxo Smithkline. Sebelum menyertai Shaklee, Bruce telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan dan Ketua Pegawai Sains di Nutrisystem Inc. di mana beliau menyenggara penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk pengurusan berat badan dan pencegahan atau pengurusan penyakit dan masalah kesihatan berkaitan obesiti.

Bruce memegang ijazah sarjana Ph.D. dalam Biokimia Pemakanan dari Universiti Cornell dan B.A. dalam Biologi dari Universiti Virginia.

Beliau ialah Profesor dan Ahli Lembaga Pengarah di Fakulti Sains Nutrisi, Makanan dan Senaman di  Universiti Florida, selain menjadi ahli Persatuan Nutrisi Amerika dan Persatuan Obesiti serta aktif sebagai sukarelawan Lembaga Komuniti Greater Philadelphia dan Jawatankuasa Pendidikan dan Advokasi untuk Persatuan Diabetes Amerika.

Close -

Ketua Pegawai Maklumat

Rich Libby ialah Ketua Pegawai Maklumat Shaklee Corporation. Beliau berperanan menyelenggarakan operasi perancangan, sokongan dan pelaksanaan strategi teknologi global Shaklee.

 

Rich membawa bersama pengalaman luas yang menjangkau lebih 20 tahun dalam dunia teknologi maklumat, terutama yang berkait dengan kepakaran beliau sebagai pemimpin kanan eksekutif yang giat memacu inovasi dalam industri Perkhidmatan Kewangan & Peruncitan.

 

Sebelum menyertai Shaklee, Rich berkhidmat sebagai VP Teknologi di Gap Inc., di mana beliau mengetuai sebuah program transformasi berbilang tahun yang menawarkan penyelesaian teknologi global tercanggih, Pemasaran Omnichannel, CRM dan perkhidmatan data perusahaan. Beliau juga pernah bekerja selama 15 tahun di JP Morgan Chase sebagai pengurus pembangunan dan pelaksanaan platform transformasi termasuk Operasi Pusat Panggilan, CRM dan pelancaran Perbankan Dalam Talian. Pengalaman ini ternyata amat berharga dalam mengasah bakatnya sebagai pemimpin berwibawa dalam bidang yang diceburinya.

 

Rich memperoleh ijazah BA dari Universiti Negeri Connecticut Tengah, dan sudah menetap selama lebih 20 tahun di kediamannya di Seattle dan Wilayah Teluk, Pantai Barat.

Close -

Pengerusi, Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan

Dr. Jamie McManus bertanggungjawab mengetuai usaha-usaha penyelidikan klinikal Shaklee bagi menyokong pembangunan produk dan pendidikan pengedar.

Sebelum menyertai Shaklee Corporation, Dr. McManus telah memainkan peranan utama bagi menguruskan jabatan Hal Ehwal Perubatan dan Pendidikan Nutrisi  Herbalife serta bertanggungjawab melatih lebih satu juta pengedar di lebih 44 negara dalam tempoh lapan tahun.

Dr. McManus menerima M.D. dengan kepujian dan menyempurnakan latihannya di Universiti California, Davis. Beliau merupakan Doktor Keluarga yang Diiktiraf Lembaga selama 15 tahun.

Close -