Langkah Permulaan

Anda miliki Keistimewaan dan Peluang untuk Menggalakkan cara hidup yang lebih baik dengan Berkongsi Peluang Shaklee dengan yang lain.

Untuk bermula dalam perniagaan yang baharu bukan hanya memerlukan inisiatif dan momentum, malah sikaf positif dan keinginan untuk memiliki harai esok yang lebih baik.

Anda miliki komitmen kami untuk lakukan segala yang boleh untuk membantu anda mencipta kejayaan paling hebat dalam hidup anda!

Ingati prinsip-prinsip ini dalam anda membina perniagaan anda:
  • Buatlah secara ringkas.
  • Pengetahuan akan datang dari pengalaman.
  • Produk-produk kami berkualiti tinggi dan mempunyai permintaan.
  • Model perniagaan kami telah terbukti berjaya.
  • Industri kami berkembang maju.
  • Banyak alat sokongan tersedia untuk anda.
  • Jadilah seorang individu yang mudah dilatih.
  • Berseronoklah!

Anda akan dapati di Shaklee yang anda membina perniagaan untuk diri anda sendiri, tetapi tidak bersendirian. Syarikat, penaja dan pemimpin perniagaan akan memimpin dan menyokong anda untuk mencapai kejayaan. Tetapi ianya adalah perniagaan anda sendiri, dan sama ada kecil atau besar ianya bergantung pada diri anda sendiri.

Apakah maknanya menjadi seorang Pengedar Bebas Shaklee?

Sebagai seorang Pengedar Bebas Shaklee kami anda mempunyai hak pengedaran EKSLUSIF untuk berkongsi produk Shaklee dan peluang secara global. Satu-satunya jalan untuk orang yang anda kenali dan jumpa membeli produk Shaklee dan memulakan perniagaan Shaklee adalah melalui ANDA sebagai Pengedar Shaklee!

Bagaimanakah perniagaan Shaklee berfungsi?

Model perniagaan Shaklee adalah berkisar tentang membangunkan komuniti dan mendapat ganjaran daripadanya. Sekitar tahun 1956, Dr. Shaklee, menerokai satu model revolusi perkongsian dan penyebaran maklumat kesihatan, di mana ia digelar Pemasaran Social. Ia bermakna anda akan:

GUNAkannya. Hanya setelah anda menggunakan produk Shaklee, anda akan memahami betapa besarnya potensi perniagaan Shaklee. Jadikanlah diri anda sebagai testimoni terbaik!

KONGSI. Mengapa anda mengambil keputusan menjadi sebahagian daripada Shaklee? Adakah Shaklee telah merubah sebahagian daripada hidup anda? Prospek anda ingin tahu apakah yang membuat anda tertarik dengan Shaklee dan bagaimana ia telah merubah hidup anda, jadi bersedialah untuk berkongsi! Gandingkan Shaklee dengan pengalaman peribadi anda. Itu adalah perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mengembangkan perniagaan anda.

MEMBINA. TAJA para pelanggan ataupun rakan pilihan anda di dalam perniagaan anda dan KEMBANGKAN perniagaan anda dengan mengajar yang lain di dalam pasukan anda untuk berkongsi di samping menaja.

Apakah yang menjadikan model Pemasaran Sosial berjaya?

Kami menggelarnya “Kuasa Duplikasi”. Sama sepertimana kita mengikut cadangan rakan untuk menonton filem serta makanan yang lazat di restoran, begitulah caranya berkongsi tentang Shaklee.

Apabila anda menaja para pengguna produk dan rakan kongsi perniagaan yang baru, berdasarkan kepercayaan dengan saranan dan pengalaman anda, mereka bercerita dengan orang lain tentang Shaklee dan kumpulan anda mula berkembang.

Anda pula membantu mereka belajar cara untuk berkongsi tentang Shaklee dengan orang-orang yang mereka kenali dan temui, dan bagaimana untuk membina pasukan. Dan, dalam masa pasukan mereka berkembang, pasukan anda turut sama berkembang!

Lebih ramai yang berkongsi, menaja dan berkembang, lebih berjayalah setiap individu itu jadinya.

Terdapat tiga cara seseorang individu itu mempunyai hubungan dengan Shaklee:

1. PELANGGAN

Mereka hanya membeli produk daripada anda secara terus pada harga runcit yang dicadangkan.

2. PENGEDAR

Mereka merupakan pelanggan utama atau berminat untuk menjadi rakan kongsi perniagaan yang anda taja di dalam pasukan anda dan kemudiannya boleh membeli produk dengan harga Pengedar.

3. PEMBINA PERNIAGAAN

Mereka ialah para Pengedar di dalam perniagaan anda yang ingin memperolehi pendapatan daripada Shaklee, dan dengan berkongsi dan menaja untuk membina pasukannya sendiri, mendapat bonus kepimpinan atas usaha mereka.