Pelan Pampasan

Ganjaran Dalam Perniagaan Shaklee?

Sebagai Pengedar Shaklee, anda berpeluang untuk mendapatkan ENAM jenis ganjaran.

1. Untung Runcit

Ini adalah Untung Runcit yang anda dapat dari jualan produk. Anda membeli produk di Harga Pengedar (DP) dan anda menjual pada Harga Runcit (SRP) yang disyorkan dan anda mendapat Untung Runcit dari perbezaan harga tersebut. (Untung Runcit = SRP - DP)

2. Bonus Kumpulan Peribadi

Apabila anda serta Pengedar Kumpulan Peribadi anda menjana jualan produk bulanan, anda akan menerima bonus berdasarkan jumlah jualan produk tersebut. Jumlah Bonus Kumpulan Peribadi dibayar berdasar kepada jumlah jualan terkumpul bagi bulan kelayakan berdasarkan Jadual Bonus Kumpulan Peribadi Shaklee (sila rujuk Mukasurat 19).

3. Bonus Kepimpinan

Sebaik sahaja anda mencapai tahap Senior Supervisor dan mula membina Supervisor lain di dalam organisasi anda, anda akan mendapat Bonus Kepimpinan bulanan pada jumlah setiap Pemimpin Perniagaan sehingga enam generasi di bawah anda, bergantung pada pangkat anda. Ini adalah bonus atas usaha anda bagi menyokong dan membangunkan kumpulan anda.

4. Bonus Infiniti

Bonus Infiniti adalah bonus bulanan yang dibayar maksimum 1.5% di atas Nilai Mata Kumpulan (GPV) bagi setiap orang berdasarkan Pangkat anda serta Pangkat Pemimpin Perniagaan dalam organisasi anda - bermula dari pangkat Coordinator.

5. Program Gold Ambassador (Duta Emas)

Sebagai Pengedar Shaklee, anda mempunyai keistimewaan untuk memperluaskan perniagaan anda ke peringkat antarabangsa.

6. Insentif Tahunan & Program Pengikhtirafan

Program Lawatan Insentif
Dapatkan Mata Ganjaran yang akan membolehkan anda dan ahli keluarga anda untuk lawatan ke destinasi yang hebat di seluruh dunia serta mendapat pengikhtirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapaian anda sepanjang tahun.

Pengikhtirafan
Diikhtiraf dan diberi ganjaran di atas kejayaan anda setiap tahun.

Program Subsidi Kereta
Pencapaian tahap Supervisor, dan anda akan berpeluang untuk mendapat bonus kereta bulanan. Pemimpin yang layak untuk program ini boleh memohon bagi anugerah wang tunai untuk kereta impian seperti yang diperlukan.

Insentif Tahunan & Pengikhtirafan

Program Subsidi Kereta
  • Apabila anda menjadi seorang pemimpin perniagaan (pangkat Supervisor dan ke atas), anda akan mempunyai hak istimewa untuk menyertai program subsidi kereta.
  • Peserta bagi program ini perlu memenuhi pra-syarat jumlah unit setelah yang diperlukan selepas di mana beliau boleh mendapat pencapaian bonus tunai bulanan memenuhi syarat-syarat jumlah unit bulanan yang diperlukan.
Program Lawatan Insentif
  • Sebagai seorang pemimpin perniagaan (pangkat Supervisor dan di atas), anda boleh mengumpulkan mata persidangan secara bulanan. Jumlah mata yang dikumpul dalam tahun kewangan (April hingga Mac) akan melayakkan anda dan ahli keluarga untuk melancong ke desitinasi hebat yang dianjurkan oleh Shaklee, dalam Negara dan sekeliling dunia.
Pengiktirafan
  • Pemimpin perniagaan (pangkat Supervisor dan ke atas), akan diiktiraf secara tahunan atas pencapaian mereka.

Keperluan kelayakan dan ganjaran akan diterbitkan oleh Shaklee Malaysia dari semasa ke semasa. Insentif Tahunan dan Kelayakan adalah keistimewaan dan bukan hak. Shaklee Malaysia berhak untuk menentukan sama ada Pengedar telah memenuhi syarat-syarat kelayakan.