PENYATA KEISTIMEWAAN DAN TANGGUNGJAWAB SHAKLEE (P&R)

Jualan bertanggungjawab dan beretika oleh semua Pengedar membantu mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di mana semua orang mempunyai peluang sama rata untuk membina perniagaan yang menguntungkan dan berpanjangan.

 

Kod Etika Tatalaku Shaklee

Pengedar dan Pemimpin Perniagaan Shaklee memainkan peranan yang penting untuk bekerjasama dengan syarikat dalam usaha mendidik kumpulan mereka mengenai amalan etika terbaik untuk menjadikan peluang perniagaan Shaklee yang terbaik di Malaysia.

1. Jualan individu kepada individu

Pengedar Shaklee TIDAK dibenarkan untuk mengiklan, mempromosi dan menjual semula produk Shaklee melalui mana-mana laman web E-dagang, mempamerkan produk di kedai-kedai dan mengedarkan risalah atau brosur. Kaedah jualan besar-besaran boleh dengan tidak sengaja mencapai Pengedar dari kumpulan lain dan menyebabkan penjualan kumpulan silang (cross group selling) yang merupakan satu perlanggaran. Ia juga merupakan perlanggaran saluran jualan langsung yang diluluskan bagi pengedaran produk Shaklee.

2. Jual Pada Harga Yang Disyorkan

Pengedar Shaklee TIDAK dibenarkan menjual kepada pelanggan pada harga Pengedar. Pelanggan anda boleh mendaftar sebagai Pengedar untuk menikmati harga Pengedar. Pemotongan harga dengan menjual di bawah harga disyorkan dilihat sebagai pelanggaran serius peraturan Shaklee dan tindakan tegas akan dikenakan.

3. Guna bahan yang diterbitkan oleh Shaklee

Pengedar Shaklee TIDAK dibenarkan untuk membesarbesarkan atau membuat dakwaan yang tidak wajar mengenai produk atau perniagaan Shaklee. Patuhila apa yang disiarkan dalam risalah, katalog dan laman web Shaklee Malaysia. Elakkan ketidakpatuhan terhadap undang-undang kawal selia Malaysia dan Shaklee P&R.

4. Beli hanya apa yang anda boleh jual

Anda tidak perlu membeli inventori di luar dari apa yang anda boleh jual atau simpan sebagai stok siap sedia. Shaklee akan mengambil tindakan tegas terhadap Pemimpin Perniagaan yang menggalakkan Pengedar mereka untuk membeli inventori dalam jumlah yang besar. Tindakan pembetulan juga akan diambil ke atas Pengedar yang terlibat sekiranya Pengedar didapati bersalah melakukan pemotongan harga melalui pemunggahan inventori yang tidak terhad kepada penjualan kepada Pengedar dari organisasi lain atau pengiklanan secara besar-besaran.

5. Binalah perniagaan anda dengan integriti

Adalah penting untuk melindungi nama baik dan reputasi anda setiap masa. Tuntutan perolehan pendapatan keterlaluan atau tuntutan melampau mengenai produk boleh menghakis kredibiliti anda dengan pasukan anda, pelanggan dan dengan Shaklee.

Anda hanya boleh menjalankan Pengedaran di atas nama anda. Jika anda sudah berkahwin, pasangan anda mesti disertakan bersama dengan anda, dan tidak dibenarkan beroperasi atas pengedaran yang berasingan. Menjalankan pengedaran yang bukan di bawah nama anda adalah pelanggaran serius Shaklee P&R.

6. Hormatilah jualan kumpulan anda

Belilah produk di bawah akaun anda sendiri dan jumlah tersebut akan dikira ke arah bonus anda dan bonus kumpulan anda. Anda juga mungkin mempunyai Penaja anda yang boleh membantu dengan pembelian. Namun, jangan membeli dari pengedar lain.

7. Hormatilah organisasi dan salasilah anda

Hormatilah Penaja anda yang pertama kali memperkenalkan anda dengan Shaklee, dan juga organisasi yang menyokong dan melatih anda. Kekallah dalam kumpulan dan berjayalah bersama-sama.

8. Hormatilah pengedar lain dan organisasi mereka

Adalah penting untuk mengekalkan perasaan saling menghormati di kalangan pasukan dan kumpulan yang berbeza dalam Shaklee. Ini termasuk menghormati salasilah mereka, dan tidak meminta Pengedar dari kumpulan-kumpulan lain untuk menyertai kumpulan anda. Sentiasa pastikan prospek anda bukan Pengedar semasa sebelum pendaftaran untuk mengelakkan cabaran dalam kumpulan anda.

Sila hubungi kami di customerinquiry@shaklee.com untuk bantuan atau penjelasan lanjut.