Shaklee Cares

Shaklee telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia melebihi 20 tahun dan kami amat komited dalam membantu dan menjadi sebahagian daripada masa depan mereka. Kami berpegang pada berbakti kepada masyarakat, maka Shaklee Cares ditubuhkan: sebuah inisiatif yang memberi fokus untuk membalas jasa masyarakat dan membina kehidupan yang lebih sihat. Program ini memberi fokus utama dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada kaum wanita dan generasi muda. Sejak 14 bulan yang lepas, Shaklee telah menyumbang lebih RM16 juta atas dasar kebajikan di Malaysia

Di Malaysia, Shaklee Cares mempunyai beberapa saluran yang difokuskan untuk inisiatif kemasyarakatan yang berbeza: Shaklee Cares for our Children, Shaklee Cares for Our Youth and Shaklee Cares for our Women

Shaklee Cares for Our Children berusaha dalam memberi kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak di negara ini dengan memberikan bantuan nutrisi. Pada tahun lalu, Shaklee telah membekalkan bantuan nutrisi kepada lebih 50,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah. Kami telah berkerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan dan badan kebajikan amal tempatan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik ini, seperti:


  • MyKasih Foundation
  • Malaysia Red Crescent
  • PACOS Trust (Partners of Community Organizations in Sabah)
  • NCWO (National Council Women Organization)
  • SAWO (Sabah Action Women Organization)
  • WIN (Wanita Inspirasi Negara)

Shaklee Cares for Our Youth menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan belia melalui penajaan aktiviti dan program sukan. Baru-baru ini, Shaklee Malaysia telah memberi tajaan kepada beberapa program seperti Penang StarWalk 2015, Walk Wheelathon 2015, STAR Fit For Life 2015, Subang Jaya 10KM Run, MURFest (Malaysia Urban Retreat Festival), dan juga SCORE FitMob 2015 & Kayuhan Hari Sukan Negara 2015 yang diadakan sempena Hari Sukan Negara 2015.

Shaklee Cares for Our Women telah diadakan untuk membantu para wanita menaik taraf kehidupan mereka dan kesejahteraan hidup melalui program yang memberi fokus kepada jati diri, bantuan permulaan perniagaan, program bimbingan dan program gaya hidup sihat seperti kelas Zumba. Bersempena itu, Shaklee Malaysia dengan berbesar hati ingin mengumumkan pelantikan Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail sebagai duta Shaklee Cares. Wanita yang penuh dengan pecapaian, kejayaan dan disegani, Tan Sri Zaleha, pernah berkhidmat sebagai Menteri pembangunan masyarakat dan perpaduan antarabangsa, dan juga tidak asing lagi dalam sumbangan beliau dalam memperkasakan wanita, kanak-kanak dan perpaduan keluarga bukan sahaja di Malaysia, namun seluruh dunia. Pada tahun 2011, Tan Sri telah menerima Anugerah Keamanan Global di atas komitmen beliau dalam memperjuangkan keamanan dan perpaduan dan, pada 2013 pula, beliau dianugerahkan “Tokoh Ibu Harmoni” di atas sumbangan beliau kepada masyarakat. Tan Sri Zaleha akan memberi khidmat dan memberi inspirasi serta membimbing para wanita dalam menaik tarafkan kehidupan mereka.

Di Shaklee, kami mempunya komitmen yang tinggi atas setiap perkara yang memberi faedah kepada Malaysia. Fokus utama kami sejak dulu, kini dan selamanya adalah untuk memberi produk terbaik di dunia untuk memupuk kehidupan yang sihat dan memberi sokongan penuh serta memperkasa usahawan tempatan untuk membina perniagaan mereka dan membina kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat mereka.

Ikuti program kemasyarakatan terkini kami di http://shaklee.com.my/ms/about/news/ Juga ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/shakleeproductsmalaysia