Kami utamakan Masa Hadapan yang Lebih Baik

WAWASAN

Roger Barnett, CEO Shaklee - Visionary

   Roger Barnett
   Pengerusi & CEO

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memberi peluang untuk kami berkongsi dengan anda mengenai siapa kami dan apa yang kami miliki dan tawarkan.

Sebagai peneraju syarikat nutrisi semula jadi di A.S., dengan sejarah yang bermula dari 1915, Shaklee telah menjadikan masyarakat lebih sihat selama lebih 60 tahun. Kami menawarkan produk nutrisi semula jadi dan penjagaan peribadi berkualititinggi, serta produk kegunaan rumah mesra alam yang telah membantu jutaan orang menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Dan kami menjadikannya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk memelihara dan memastikan kesihatan planet.

Sewaktu hijau hanyalah sekadar warna dan perkataan terbiodegradasi masih belum digunakan, kami telahpun menjadikannya sebahagian daripada kami. Malah, seawal 1960, kami telah menghasilkan pembersih terbiodegradasi yang pertama.

Kami juga merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutralâ„¢ yang mengimbangi pelepasan CO2 kami, memberikan impak bersih sifar kepada persekitaran. Kami melakukannya kerana kami percaya bahawa amat penting bagi kita semua menunaikan tanggungjawab kita untuk menjadikan masyarakat dan planet ini lebih sihat. Dengan berbuat demikian, kami percaya setiap sumbangan yang kami berikan akan membawa perubahan besar yang ingin kami lihat berlaku di dunia kita.

Kami juga berbangga dapat menjalin kerjasama dengan salah seorang pengubah dunia tersohor masa kini – Pemenang Anugerah Keamanan Nobel Prof. Wangari Maathai, pengasas Green Belt Movement yang telah memperbaiki kehidupan jutaan rakyat Afrika melalui penanaman pokok; Prof. Daniel Esty, penulis buku Green to Gold memberi sorotan kepada beberapa syarikat dengan amalan perniagaan yang bukan sekadar menjana keuntungan malah memberi manfaat kepada alam sekitar; dan penjelajah terkemuka dunia Will Steger, yang mana penerokaan Kutub beliau telah membuka mata dan membina kesedaran mengenai kesihatan rantau alam semula jadi paling sensitif dunia dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya.

Kami juga berbesar hati kerana Nobel Laureate Dr Elizabeth Blackburn, perintis penyelidikan dalam sains kesihatan telah menyertai kami sebagaiLembaga Penasihat Saintifik Shaklee.

Di Shaklee, kami percaya setiap individu bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan untuk menjadikan dunia ini lebih baik dan lebih selamat demi anak-anak dan generasi kita yang seterusnya. Produk yang kami hasilkan, peluang yang kami tawarkan, dan inisiatif yang kami sokong membuktikan bahawa anda boleh menjalani kehidupan yang seiring dengan nilai dan kepercayaan anda, dan di masa yang sama mampu menjana pendapatan yang hebat.

Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mencipta masa hadapan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih baik untuk anda, keluarga anda, dan planet kita.