ENG | BM | 中文  
 
Keahlian Korporat

Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)


Layari DSAM Website atau semak Tataran DSAM yang lengkap

DSAM – Lambang Jualan Langsung Beretika

Diasaskan dalam tahun 1978, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) merupakan persatuan perdagangan nasional yang bertujuan untuk meningkatkan industri jualan langsung serta menjadi suara bidang industri. DSAM amat komited bagi memastikan keadilan dan amalan-amalan beretika dipraktikkan dalam aktiviti jualan langsung di pasaran. DSAM percaya dengan peraturan diri dan untuk menyemai semangat dan amalan jualan langsung beretika dalam syarikat-syarikat anggotanya. DSAM telah menggunapakai Code of Conduct ketat yang mana syarikat-syarikat anggota perlu mematuhi arahannya dalam setiap aspek mereka perniagaan mereka.

Shaklee – Ahli Unggul

Shaklee menyertai Persatuan Jualan Langsung Malaysian pada tahun 1995 dan komited pada amalan-amalan perniagaan yang beretika dan perkhidmatan pengguna. DSAM Code of Conduct menyediakan satu rangka kerja bagi perilaku bagi pengguna-pengguna dan penjual langsung; menjalankan antara syarikat-syarikat jualan langsung dan kod penguatkuasaan. Ia memastikan yang syarikat-syarikat anggotanya, seperti Shaklee, tidak akan membuat kenyataan-kenyataan atau janji-janji yang mungkin mengelirukan sama ada pengguna-pengguna atau prospektifnya.

Shaklee Cares

Shaklee Cares merupakan satu program komuniti sejajar dengan falsafah Shaklee. Ia dilaksanakan bersama oleh Para Pengedar Shaklee juga Home Team. Kami sentiasa berhasrat untuk membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik serta menyebarkan kesedaran di kalangan orang awam tentang kepentingan dan keharmonian alam sekitar serta kehidupan yang sihat.

Aktiviti-aktiviti Shaklee Cares termasuk:
• Perkhidmatan masyarakat
• Ceramah Penjagaan Kesihatan
• Program- program Alam Sekitar “Hari Hijau”



 
 
   
Shaklee Malaysia
Mesej Dari Presiden
Falsafah Shaklee
Keahlian Korporat
Sains Shaklee
Keistimewaan Shaklee
Shaklee Corporation
Peluang Jana Pendapatan di Shaklee
Apa kata MASTER